Salah satu menu masakanku pd hari yg kusangka panas hingga ke petang, namun mendung di tengahari...apa2 pun kain di jemuran sempat kering sblm hujan...hehe!...meleret2lah pulak...ok, bab memasak ayam ni mmg dh menjadi rutin dayang. Boleh dikatakan saban hari masak ayam, ayam, ayam...tu pun atas permintaan anak2. so kenalah pandai improvise. Kalau masak sepesen jer, jemu gak. Semalam ayam kicap. Hari ni ayam krispi. Esok ayam panggang pulak. Lusa, maybe kari ayam. At last, bela ayam....tp masalahnya xde ruang nk bela ayam, lainlah kat kampung. xpelah, kat giant/tesco banyak ayam. Anyway, resepi ayam krispi ni mmg sedap. Setandinglah dgn ayam KFC. Cuma ayam ni dyg x guna cili serbuk, takut pedas. Sebab yang request ialah ank2. Dayang cuma add sedikit serbuk lada hitam shj. Tapi rasanya...Yummyyy!!!
Bahan-bahan :
Bahan-bahan :
- Beberapa ketul ayam (dibersihkan)
- sedikit serbuk lada hitam
- 1 biji telur
- 1-2 sb tepung gandum
- sedikit garam
- breadcrumb (serbuk roti)
- Gaulkan ayam dgn serbuk lada hitam dan garam.
- Masukkan tepung gandum. Gaulkan.
- Masukkan telur. Gaul sebati dan perapkan sebentar di dlm peti sejuk.
- Sediakan breadcrumb. Keluarkan ayam td dr peti sejuk.
- Panaskan minyak(banyak) utk menggoreng.
- Celup/salutkan ayam dgn breadcrumb satu persatu.
- Gorengkan sehingga keemasan. Selamat Mencuba!
No comments:
Post a Comment