Tuesday, March 10, 2009

Nasi Ayam Istimewa


Inilah nasi ayam istimewa hasil kreativitiku....the kids like it a lot...dah lama rasanya nak post resepi ni ke myr tp tak kesampaian. Bukan ape, resepinya agak panjang gak kalau nk tulis (hehe, al maklumlah, dayang x suka tulis sekerat2 kenalah bercerita dr A sampai Z setiap ramuan dan langkah2nya..barulah org faham, btl taakk?), tu satu, pas tu slalu connection error plak, alaihai...tension2!!!nk taip pun terbantut...apa2pun, kali ni usaha mesti diteruskan demi nak berkongsi resepi dgn teman2 dan juga sesape shj di luar sana yg sudi berkunjung ke teratak yg masih 'under construction' ni...ok, td dayang dh post resepi Ayam Goreng/bakar Istimewa utk nasi ayam ni(ayam tu dayang goreng je & gambarnya ambik waktu siang). Kali ni nasi ayamnya pula juga dr hasil ilham sendiri.

Bahan-bahan : (berdasarkan sukatan utk seisi keluarga dayang)

Untuk Ayam :
Rujuk di sini : air rebusannya utk masak nasi dan sup.

Untuk Nasi:
  • 3 pot beras (dicuci dan ditoskan)
  • 2 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1 sudu besar minyak sapi/Ghee
  • sehelai daun pandan (dicarik dan disimpul)
  • setitik pewarna kuning
  • sedikit garam
  • air rebusan ayam secukupnya bergantung pd jenis beras yg digunakan
Cara-cara : Kisar bawang2 dan halia. Panaskan minyak sapi, tumis bahan kisar berserta daun pandan sehingga wangi. Masukkan pewarna kuning dan kacau rata2. Kemudian masukkan ke dlm periuk nasi bersama beras td. Masukkan air rebusan ayam dan garam secukupnya. Masaklah seperti biasa.

Untuk Sup :
  • Air rebusan ayam
  • 1 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • sedikit serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar stok ayam
  • garam secukupnya
  • sedikit daun sup dan bawang goreng
Cara-cara : Panaskan air rebusan ayam dan masukkan kesemua bahan di atas kecuali daun sup dan bawang goreng. Sesudah masak, hidangkan dan taburkan daun sup dan bawang goreng.

Untuk Sambal Cili :
  • 2-3 batang cili merah (dipotong2 sedikit)
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 sb sos cili
  • 1 sb sos tomato
  • sedikit garam dan gula
  • sedikit jus limau kasturi
  • air masak secukupnya
Cara-cara : Campur kesemua bahan ke dlm pengisar dan kisar sehingga lumat. Hidangkan.

Untuk Kicap :
  • 5 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu makan tepung jagung + sedikit air (jadikan pes)
  • air secukupnya
Cara-cara : Masakkan air dan kicap sehingga mendidih. Masukkan tepung jagung dan kacau sehingga kuah agak pekat.

Untuk Kicap Pedas :
  • 6-7 biji cili api
  • 1 ulas bawang putih
  • sedikit kicap masin dan kicap manis
  • sedikt jus limau kasturi
  • sedikit air masak
Cara-cara : kisar semua bahan sehingga hancur. Hidangkan.

Lain-lain hiasan : timun, tomato dan daun salad.

***resepi ni agak panjang dan nampak complicated tapi actually senang je nk buatnya...

0 comments: