Thursday, March 19, 2009

Daging Masak Kicap

Lauk daging yg kerap kali disajikan bersama nasi putih. Anak-anak pun suka. Bagi penggemar masakan berempah, bolehlah cuba resepi ini.


Bahan-bahan ( hidangan utk satu famili )

  • 1/2-1 kilo daging (dibersihkan dan dipotong kiub)
  • 8 biji bwg merah (dikisar)
  • 4 ulas bwg putih (dikisar)
  • 1 batang serai (dikisar)
  • 2 biji buah keras (dikisar)
  • 1 sudu bsr serbuk lada hitam
  • 1 sudu bsr cili kisar
  • 1 inci lengkuas (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 2 sudu bsr kicap pekat
  • 3 sudu bsr kicap masin
  • 2 sudu bsr kerisik (buat sendiri)
  • rempah 4 sekawan
  • 3 sudu bsr minyak masak
  • 1/2 sudu bsr asam jawa
  • garam, gula dan air secukupnya.
  • hiasan : cili merah dan daun bawang

Cara-cara

  1. Perap daging dgn satu sudu bsr bhn kisar, 1/2 sudu serbuk lada hitam dan satu sudu bsr kicap pekat (1 jam atau perap semalaman)
  2. Panaskan minyak. Tumis rempah 4 sekawan dgn api perlahan. Kemudian masukkan bhn2 kisar serta lada hitam dan kacau sampai terbit bau/pecah minyak.
  3. Masukkan daging dan kacau 1 minit. Masukkan air (1 liter), kacau rata2 dan biarkan seketika (30 minit). Tambah air jika terlalu kering.
  4. Apabila daging masak separuh empuk, masukkan pula 1 sudu bsr kicap pekat(blh tambah lbh jika suka), kicap masin, kerisik, asam jawa dan kacau lg. Biarkan seketika sehingga daging btl2 empuk (blh tambah air sedikit jika kuahnya terlalu pekat).
  5. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukupnya.
  6. Siap dihidangkan utk seisi keluarga.

1 comments:

Nuridah said...

Assalamualaikum Dayang,

Izinkan kak Nur kongsi resepi ini diblog akak ya...sedap rasanya...kak nur dh cuba last week.