Tuesday, March 17, 2009

Daging Masak Lada Hitam

Salah satu masakan black pepper yg sedap dan menyelerakan. Amat sesuailah dimakan ketika musim hujan ni. Actually, plan yg last minute hari ni nk masak Sarawak Black Pepper Beef, tp bahan2nya x cukup pulak. hmmm,..kenalah bersabar dulu yer, jack. Ape2pun, masakan ni mmg best. Asyik bertambah je,..oops!..bukan tambah nasi, tapi tambah air,..sebab terlebih bubuh cili api...keh!keh!keh!...kpd Sunkist (kawan MYR yg setia...), thanks ya kerana tlh mencuba resepi ini....haa,..resepi ni pulak siaran ulangan(dr Myr) nk sumbat kat sini(tp gambarnya ambik hr ni)...hehe.

Bahan-bahan ( 3-4 orang )
  • 500 g daging (direbus dgn sedikit garam dan dihiris nipis2)
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk/dicincang)
  • 1 sb lada hitam (ditumbuk kasar)
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sdt sos masam manis
  • 1 sdt sos lada hitam - optional
  • 1 sb kicap pekat
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 1 sb tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)
  • 5 biji cili api (diketuk)
  • sedikit daun bawang dan daun sup (dihiris)
  • sedikit garam dan gula (jika perlu)

Cara-cara

  1. Perapkan daging bersama 1/2 sb kicap pekat dan 1/2 sb lada hitam selama 10 minit.
  2. Panaskan 2-3 sb minyak masak dlm kuali dan goreng daging hingga separuh garing. Keluarkan dan ketepikan. Di dlm kuali yg sama, tumis bawang putih hingga perang.
  3. Masukkan daging, lebihan lada hitam dan juga kicap pekat. Kacau sebati. Masukkan pula sos tiram, sos masam manis, sos lada hitam, bawang besar, cili merah, dan cili api. Kacau lagi.
  4. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung, daun sup, daun bawang dan perasakan dgn garam dan gula. (jika dah cukup masin dan manis x perlu bubuh garam dan gula)
  5. Hidangkan panas2.