Monday, July 20, 2009

Sayur Tumis Udang Kering

Menu sayur terung dan kacang botol. Kedua-duanya dah nak hampir expired, jadi, dayang masak je lah. Campurkan sekali, mmg sedap...


Bahan-bahan :
  • sedikit kacang botol (dihiris)
  • sedikit terung (dipotong ikut suka dan digoreng sedikit)
  • 2 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 biji cili merah (ditumbuk)
  • 1 sudu makan udang kering (ditumbuk)
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 2-3 biji cili padi (diketuk)
Cara-cara : Tumis bahan2 tumbuk hingga wangi. Masukkan sos tiram, cili merah, cili padi dan sedikit air. Kacau rata2. Kemudian masukkan terung dan kacang botol. Kacau lagi. Masukkan kicap manis. Jika kurang masin, boleh tambah garam.

No comments: