Monday, July 06, 2009

Kailan Ikan Masin

Salam.... Hari ni lambat sikit update. Banyak urusan yg perlu diselesaikan. Walau bagaimanapun, masak tetap masak. Ni lah menu lunch td yg sempat dyg tayang kat sini. Serabut sikit nampak sayur kailan ni. Tak sempat nak makeup2...hehe. Apa2pun menu ni mmg menyelerakan.


Bahan-bahan :
  • 1 ikat sayur kailan (dihiris, direndam sedikit dgn air bergaram, bilas dan tapiskan)
  • sedikit ikan masin (dihiris dadu)
  • 4-5 biji cili padi
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 biji bawang merah (dimayang)
  • 1 ulas bawang putih (dimayang)
Cara-cara : Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bawang merah dan putih hingga wangi. Masukkan ikan masin dan tumis hingga garing. Masukkan air, sos tiram dan cili padi. Kacau sebati. Akhir sekali masukkan kailan dan gaulkan sehingga masak.

No comments: