Friday, July 03, 2009

Roti Arab

Salam semua....pagi td dyg n family bersarapan di Saudi Arabia...makan roti arab bersama kari ayam!!...jauh tuu!!...nak singgah ke Tokyo tak tau bila....heheh. Ape2pun jom kita layan resepi kak fiza dari MYR ni.....(sori kak fiza...kte C&P, k....tq)..roti arab ni dyg buat 1/2 adunan dp resepi yg asalnya. Tu pun dapat 10 biji gak. Besar pulak tu. Yis digunakan pun tersangatlah segarnya. Tak sampai 20 minit perap ia dh naik/kembang semangkuk. Alhamdulillah, masa nk menggoreng, semuanya kembang2 dan montel2 belaka (o ya, ni dyg punya tip, kalau nak bg ia mengelembung cantik dan x menggerutu, sebaik sj doh dicanai sebijik terus digoreng.)....terima kasihlah byk2 yer kak fiza atas sumbangan resepi yang sedap ni.

Bahan-bahan ( 16 biji )

* BAHAN A :
* 1 peket (11gm) yis mauripan
* 1 Sb gula
* 1/4 cawan air
* BAHAN B :
* 500 gm tepung gandum
* 1 sk garam
* 1 sb gula
* 2 sb marjerin @ mentega
* 200 ml susu cair
* minyak utk menggoreng

Cara-cara :
  1. penyediaan yis (bahan A):masukkan yis dlm mangkuk + gula + air dan kacau. tutup dan biarkan sebentar.yis yg elok ia akan berbuih.
  2. Tepung gandum + gula + garam + marjerin ,gaul sebentar dan masukkan bancuhan yis tadi.
  3. kemudian masukkan susu.sambil tu tambah air sedikit2.uli hingga jadi doh.
  4. Doh harus lah lembut dari doh roti canai.tak perlu uli hingga licin spt buat roti2 lain.tak mengapa jika adunan melekat ditangan,jgn tambah tepung.
  5. tutup dengan kain lembab dan perap selama 1 jam.
  6. selesai perap,tumbuk2 kan doh utk mengeluarkan angin dan bahagikan kepada 16 ketul.buat bulat2.
  7. Ambil sebiji dan canai.jgn terlalu nipis.agak2 sndir lah ye..!kemudian letak di dlm dulang yg telah ditabur sedikit tepung.canai hingga habis.
  8. bila selesai semuanya boleh digoreng.semasa menggoreng simbah2 kan minyak ke atas roti dan ia akan mengelembung.api jgn terlalu kuat sbb jika minyak terlalu panas roti x sempat kembung.
  9. alih2 kan roti dan masak hinga kekuningan.angkat dan toskan.siap utk dihidang.
  10. Enak dicicah dgn sambal sardin,ikan bilis,kari ayam & daging.SELAMAT MENCUBA..!

No comments: