Thursday, July 02, 2009

Kek Cantik Marie (Kukus)


Kek kukus ni dyg buat malam semalam. Tak sempat nk update masa tu. Nak buatnya pun atas permintaan anak2. Dah alang2, baik dyg kongsikan resepinya di sini. Tapi sebelum tu, dyg ingin ingin mengambil kesempatan utk mengucapkan terima kasih byk2 kepada semua yg tlh sudi menjadi FOLLOWER dyg. Terharu pun ada, sedih pun ada. Terharu sb ada gak yg sudi setia mengikut dyg ke mana pun dyg pergi...cewahhh...sedih sebab x dpt nak bg ape2 hadiah atau cenderahati buat masa ni disebabkan masalah yg x dpt dielakkan. Walau bagaimanapun, akan ditunaikan hajat di hati ini sekiranya xda aral melintang...kamu bersabar je lah dulu yer...oh ya, tak lupa juga kepada yg sudi singgah sekjp2 atau jln2 cuci mata atau yg dh tinggalkan jejak..hihik, terima kasihlah yer krn sudi datang...rumah ni sentiasa terbuka utk anda semua!! mmmuahh20x!!!...thank you so much!!!

Lagi satu perkara, berkaitan dgn artikel Kek Lapis Srwk oleh HaSue yg dipaparkan mlm td, betul x Sue?...Setakat ni, dyg rasa xda apa yg perlu diperbetulkan sebab semuanya betul2 belaka (boleh baca kat Sini la yer)...heheh, Sue siap mintak edit lagi tuh...cuma satu jer nak tambah,...kpd sesapa yg belum pernah mencuba kek2 Srwk ni, janganlah berasa takut utk mencuba sb bukannya selalu pun. Sekali utk seumur hidup pun sudah memadai. Ilmu pun bertambah di samping mengasah bakat. Buang alasan malas atau tak tau. Kalau tak tau, boleh refer kat salah seorang pakar kek lapis ni, Puan HaSue atau Dayang Kek Lapis tu (bkn yang ni ..hihik).. eh, serius ni tau...dayang ni pun bukanlah mahir sgt dgn kek2 lapis. Tapi suka mencuba dan mereka resepi yg simple2... Apa yang dyg tau, itulah yg akan dyg kongsikan bersama anda semua. Barulah rasa seronok, kan kah begitu??...hehe

Ok, back to the point. Kek marie ni adalah hasil versi sendiri yer. Cara nak buatnya pun senang dan x memeningkan kepala. Lagi satu, nak kukus kek ni pun mudah dan cepat masak. Cuma satu jer, jangan kukus terlalu lama time nk melapisnya sb lapisannya mudah tertanggal. Cukuplah kukus selama 5 minit utk setiap lapisan.

Bahan-bahan : loyang 7 inci
  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 5 biji telur A
  • 250 gm marjerin/mentega (dyg guna mentega Golden Churn)
  • 1/3 cawan milo
  • 2 sb serbuk koko
  • 1 sdt esen vanilla
  • 2 sb browning sugar/gula hitam (kalau xde, boleh guna 1 sb coklat emulco)
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1/2 cawan susu pekat manis (boleh lebihkan sedikit kepada 3/4 cawan)
  • biskut marie secukupnya
Cara-cara :
  1. Seperti biasa, sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Lengserkan loyang kek dgn mentega dan taburkan tepung. (elok lapik dgn kertas minyak macam dlm gambar di bwh ni supaya senang nk keluarkan keknya). Ayak tepung bersama koko dan milo. Gaulkan rata2.
  2. Pukul mentega dgn gula sehingga btl2 hancur dan kembang.
  3. Masukkan telur sebiji dan pukul sehingga sebati dan masukkan sebiji lagi telur dan pukul sebati. Ulangi sampai habis (faham x ni?)
  4. Masukkan susu. Putarkan lagi sehingga rata.
  5. Masukkan gula hitam (refer gambar atau kalau nak belajar buat sendiri boleh refer di sini) atau boleh juga guna coklat emulco. Kacau sebati.
  6. Masukkan tepung perlahan2 sambil diputar.
  7. Akhir sekali masukkan esen vanilla.
  8. Tuangkan 3-4 senduk nasi utk lapisan pertama dan susunkan biskut marie di atasnya. tutup dgn kertas foil dan kukus selama 5 minit.
  9. Ulangi langkah 10 hingga habis. Untuk lapisan yang terakhir, x perlu letak biskut marie. Kemudian kukus lama sedikit selama 1 jam atau sehingga masak (tekan2 sedikit lapisan yg tlh dikukus dgn senduk/sudu sblm melapis utk lapisan seterusnya)
  10. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.
Kek ni utk princess tau... :)

2 comments:

HSMN said...

salam dayang..nak tanya, kalau gune telur size B agak2 kene tambah 1 biji tak?ke gune 5 jugak?thanks...

DjDayang Jack said...

HSMN, wlkslm....kalau guna telur gred B, bolehlah tambah 2 biji lagi. Selamat mencuba yer.