Friday, July 10, 2009

Jejari Epal dan Buah

Tak taulah apa sebab sejak dua menjak ni server terlalu bengong. Diriku hampir2 bengong. Geram pun ada, sakit hati pun ada....macam2 perasaan sakit ni timbul. Tapi, bila fikir balik, buat apa nak sakit hati. It is just a small matter. Byk lagi hal2 lain yg lbh penting dp memikirkan masalah ni. So, just think positively & do not make things more complicated. Full stop.

Ok, 1st of all, thanks to everyone kat sini yg sudi singgah dan tinggalkan msg kat chatbox, n mintak maaflah jika dyg terlambat reply. Sebab2nya pun Aza dh tolong jelaskan yer. Thanks, sis!!....

Anyway, berbalik cerita psl jejari epal dan buah ni. Ini adalah dessert kegemaran Princess. Dyg guna kismis campuran dan sedikit kacang tanah(sebagai pengganti walnut) utk menyedapkan lagi keenakan crumble ni. Actually, dyg nak perhabiskan epal2 hijau yg ada tu sebelum expired. So, dyg buatlah crumble ni. Tak susah pun. Resepinya amatlah simple tetapi sgt sedap.

Sebelum ni pun dyg ada sertakan resepi epal crumble ni kat myr. Tapi yang ini, dyg olah ikut apa yg ada dlm stok. Nak cuba, sila copy resepi yer.

Bahan-bahan A :
  • 2 biji epal hijau (dikupas kulit dan dihiris dadu)
  • 1/2 cawan mix fruit
  • 1/4 cawan gula perang
  • 1/4 sdt serbuk kulit kayu manis
  • 50 ml susu cair
Cara-cara : Satukan epal, gula perang dan susu cair di dlm periuk dan masak hingga pekat. Masukkan serbuk kulit kayu manis dan kacau lagi. Tutupkan api. Sejukkan sebentar. Kemudian gaulkan bersama mix fruit. Ketepikan.

Bahan-bahan B
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan mentega sejuk (dihiris dadu)
  • 2 sudu besar gula perang
  • Kacang tanah (dikisar)/ walnut cincang
Cara-cara : Ramas2kan tepung bersama mentega dgn menggunakan hujung jari. Campurkan gula perang dan kacang tanah/walnut. Gaulkan.

Cara membakar : Tuangkan bahan A ke dlm bekas yg bersesuaian. Taburkan bahan B hingga penuh bekas tersebut tetapi jgn ditekan2. Bakar selama 15-20 minit pd suhu 160-170C.

3 comments:

Ummi said...

Salam dayang, emmm, nmpak so yummy laaa..my kids besenya suka apple crumble...mmg diaorg tibai betul...selalu bakar dlm caserol..nnt leh la akak try dlm muffin cups camni..hehe..snang nk ngap kan!

dayang_jack said...

to k.ummi : mmg senang dan mudah, kak. semalam buat 5 cup jer. tapi cup besar sikit. kelima2 cup tu abih kena tiba leh princess. xde can ler mama die nk merasa...huhu

SARIMAH MD ALI said...

Nampak begitu menyelerakan. Berwarna-warni.