Wednesday, June 10, 2009

Nasi Ayam....lagi

Inilah menu ringkas utk hari ini. Paling mudah dan paling ringkas. Tak payah nak fikir lauk campur. Lagipun anak2 suka esp ayam....favorite tuh!....Resepi nasi ayam ada di Sini.

Untuk ayam ni pulak, selepas direbus separuh masak, dyg cuma gunakan sedikit bwg merah, bwg putih, kicap pekat, lada hitam, jus lemon, lada sulah, garam dan gula(lebihkan sikit). Semua bahan ni dikisar terlebih dahulu (kecuali lemon, garam, gula dan kicap) then gaulkan kesemuanya dgn ayam dan peraplah selama 2-3 jam sebelum digoreng. Memang sedap! Tak percaya, cubalah dulu. Apa2pun terpulanglah yer...kte ni sekadar kongsi kebahagiaan....keh!keh!keh!

Haa....menu nasi ayamku disudahi dgn mixed fruit salad (epal, sunkist, pear, daun salad dan dressing salad). Best sangat-sangat!

No comments: