Friday, June 05, 2009

Ayam Berempah


Ayam lagikkk!!...jgn ade yang boringgg.....nak buat mcm mana. Dah suratan. Anak-anak terlalu gemar memakan ayam. So, buat je lah. Kali ni masak berempah. Tapi masak berempahnya x sama dgn ayam berempah satu lagi tu. Ni pun main campak2 jer. Janji sedap dan puas hati.



Teringin gak nak masak ayam Palembang tp lain kali je lah. Sebelum tu, dayang ambik kesempatan ni utk mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada yang tlh sudi berkunjung ke teratak yg tidak seberapa ini. terima kasih juga kpd yg tlh sudi mencuba resepi dayang. Tak lupa juga yang tlh menganugerahkan Award kpd dayang. Thank You so Much! Namun, terdapat jg award2 yang blm sempat dyg ambik. Bukan x sudi ambik, tp server ni teramat2 lembab. Nak tunggu upload pun bkurun2 lamanya. Faham2 je lah yer. Walau apepun, award tu pasti dyg tayang kat sini nanti...


Ni la resepi ayam berempah dyg. Jika sudi, cuba la yer. Memang best!

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam sederhana (dibersihkan dan dipotong ikut suka)
  • 2 sudu makan serbuk kari ayam
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1 sdt serbuk ketumbar
  • 1 sdt serbuk jintan putih
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • garam secukupnya
Cara-cara : Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perap sebentar. Selepas itu, gorenglah dgn minyak yang banyak. Selamat mencuba!



1 comment:

Anonymous said...

Alamak, chicken wing faveret kite la..huhu