


Kek Green Carpet (kukus)
Bahan-bahan : Loyang 6 ATAU 7 inci (kek ni saiz kecil je)
- 1 1/4 cawan tepung naik sendiri
- 5 biji telur A
- 225 gm mentega
- 3/4 cawan gula halus
- 4 sudu besar tepung biskut marie (kira2 5 keping biskut marie, dikisar/ditumbuk halus)
- 3 sudu besar horlicks
- 1 1/2 sk pandan paste/pandan emulco
- 1/4 cawan susu pekat manis
- Panaskan pengukus. Sediakan loyang kek. Lengserkan dgn mentega dan lapik dgn baking paper (gris dgn mentega dan taburkan sedikit tepung).
- Satukan tepung dengan horlick dan tepung biskut marie. Ayakkan sekali dan gaulkan rata2. Ketepikan.
- Sediakan mixer. Pukul mentega dan gula hingga betul2 kembang, putih dan gebu. (pastikan gula hancur betul2). Gunakan kelajuan maksimum.
- Masukkan telur satu demi satu hingga habis. Gunakan kelajuan minima shj.
- Masukkan susu pekat dan kacau lagi.
- Masukkan tepung tadi sambil dikacau perlahan.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dgn pes pandan dan satu lagi dibiarkan kosong (x perlu letak warna, nanti ia jadi warna kuning selepas dikukus).
- Kemudian tuangkan adunan td di dlm loyang secara berselang seli atau berlapis (ikutlah kreativiti sendiri).
- Kukuslah selama 1 jam 20 minit.
- Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.

1 comment:
tumpang tanya ...mentega tu kalu sukat ikut cawan brp cawan ye..eheheh tak tahu la..
Post a Comment