Sunday, April 05, 2009

Laksa Sarawak

Salam ceria & Happy Weekend!....dayang minta maaflah yer sebab terlambat reply msg2 yg ade kat chatbox tu. Hari ni, dayang x brp sihat, asyik sakit kepala je dr pagi td. Sebab tu lah offline skjp. Ni barulah lega sikit, dah makan ubat. Walau bagaimanapun, projek masakan tetap berjalan seperti biasa. Nak katakan Superwoman, taklah gak...hehe. Hanya buat yang termampu. Bak kata org Sarawak(kaum Iban), "Agik Idup Agik Ngelaban"....Selagi hidup, selagi itulah teruskan perjuangan/usaha...Hidup mesti diteruskan...Nak seribu daya, tak nak seribu dalih...kira2 begitulah maksudnya.....Bercakap tentang pepatah org Sarawak, dayang dgn sukacitanya memperkenalkan semula salah satu makanan yang sangat popular dalam kalangan masyarakat Sarawak iaitu Laksa Sarawak. Bagi yang belum pernah melihat atau merasa makanan ini, di sini dayang postkan gambar-gambarnya sekali.


Tengoklah betapa indahnya sajian ini dgn dengan keunikan rasanya yang tersendiri...hehe, minta maaflah yer, dayang ni bukanlah pro, jadi gambarnya x berapa cantik. Sekadar memberi contoh...Yang pernah merasa makanan ini pasti setuju bahawa masakan ini mmg sedap dan unik. Ramuan serta rempah2nya yang menjadikan makanan ini berbeza dgn masakan laksa yang ada. O ya sebelum itu, jangan tersalah tafsir pulak. Sebenarnya, laksa yang digunakan bukanlah laksa tetapi bihun. Macam mana pulak tiba2 disebut Laksa Sarawak sedangkan bahan yang digunakan adalah bihun dan bukannya laksa? Kenapa tak dipanggil Bihun Sarawak? Soalan inilah yang sering ditanya oleh kawan-kawan serta keluarga sebelah suami dayang....jenuh juga nak menjawabnya...huhu...Anyway, kalau ia dipanggil Bihun Sarawak, agak kelakar sikit bunyinya, malah tafsirannya pun lagilah berbagai-bagai...Wallahualam, dayang masih belum dapat menjawab soalan itu dgn tepat. Nantilah...dayang akan tanya mak atau nenek tentang salasilah serta pengasas makanan ini.... :)

Kepada Lina_pg,...kalau nak tau rasanya mcm mana, kenalah cuba resepi ni dulu yer...hehe. Apa yg dapat dayang katakan di sini ialah rasa dan baunya mmg menyelerakan. Tapi x pastilah dengan selera tekak masing2. Setiap org ada taste tersendiri. Apa2pun, cubalah dulu. Belum cuba belum tau....hehe...


Beginilah rupa bahan-bahan yang disusun sebelum dituangkan kuahnya. Mula2, masukkan mihun, diikuti taugeh, isi ayam, telur, tauhu, udang, daun ketumbar, sambal dan perahan limau. Yang hijau tu ialah daun ketumbar, bukan daun sup yer...


Inilah rupa kuahnya....yummmmyyy!!!!
Resepi Laksa Sarawak boleh rujuk di sini


Ini pulak ialah sambal untuk kuah laksa. Bahan-bahannya terdiri daripada bawang merah, bawang putih, cili kering, belacan, udang kering, garam, gula dan air asam jawa. Kalau nak makan kuahnya, tambahlah sikit sambal ni supaya rasanya lebih mengancam!...resepinya ada kat Sini juga.

No comments: