Tuesday, February 10, 2009

Laksa Sarawak



Masakan terkenal di Bumi Kenyalang dlm versi dayang. Belum cuba belum tau. kalau nak tau, cubalah resepi ini.

  • 150 gm pes laksa Sarawak - kalau xde perencahnya, sila rujuk Homemade Pes Laksa Sarawak di Sini atau di Sini
  • 1 peket bihun (dicuci dan dicelur)
  • 200 gm udang basah
  • 200 gm santan
  • 2 keping tauhu (digoreng dan dihiris)
  • 100 gm tauge (dicelur)
  • 3 ketul dada ayam (direbus dan dicarik halus)
  • 1½ liter air
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 batang serai (diketuk)
  • sedikit daun ketumbar/daun sup (diracik)
  • 1 helai daun limau purut
  • 4 biji limau kasturi (dibelah dua)
  • garam dan gula secukup rasa
  • 2 biji telur (digoreng dan dihiris halus)
  • utk sambal : 5 sudu besar cili kisar, 1 sudu besar udang kering, 1/2 inci belacan, 2 ulas bawang merah, 1 ulas bawang putih, sedikit garam,gula dan asam jawa.

Cara-cara

  1. Panaskan air hingga mendidih. Masukkan udang(dgn kulit dan kepalanya) dan rebus sampai masak. Kemudian keluarkan udang dan tapiskan air rebusan dan masak semula.
  2. Masukkan pula pes laksa, cili kisar serta serai ke dlm air rebusan udang td. Kacau dan tunggu sampai mendidih. Guna api perlahan shj.
  3. Masukkan santan, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa.
  4. Untuk membuat sambalnya : Bawang merah, bawang putih, belacan dan udang kering dikisar halus. Tumiskan cili kisar hingga pecah minyak. Kemudian, masukkan pula bhn2 kisar td dan kacau lg. masukkan air asam jawa dan perasakan dgn garam dan gula secukupnya.
  5. Cara menghidang : Masukkan bihun, tauge, ayam, udang dan bahan lain di dlm mangkuk. Tuangkan kuah, sambal dan hiaskan dgn daun ketumbar/daun sup dan perahkan limau.
  6. Sedap dimakan ketika panas.
  7. ***kalau x cukup pedas, tambah le sambal atau hirisan cili api.


----------------
Now playing: Marc Anthony - My Baby You
via FoxyTunes

No comments: