Saturday, July 04, 2009

Udang 5 Spices

Salam.....ewahh2,..top model Malaysia ni kalau psl posing memposing mmg no 1. Mesra kamera katakan....hehe...tu yang kena upload byk ni.... :)

Lauk mengancam ni untuk hidangan seorang jer tau...mari cepat! Sapa lambat dia akan dapat gak!...hehe. Anyway, hari ni tringin sgt nak cuba resepi Che Iza Myr tu selepas tgk masakan ni kat rumah ida. Sebenarnya, resepi kita lbh kurang sama jer. Cuma dyg x guna rempah 5. Memang x menghampakan. Sedap dan beraroma dgn sentuhan rempah 5 ni. Terima kasih byk2 kpd Che Iza atas sumbangan resepi yg x kurang sedapnya ini. O ya, dyg buat sendiri rempah 5 ni sebab xda dlm simpanan.

Rempah 5
Kalau buat sendiri lagi terasa sedapnya sebab rempah2 ni dyg sangai dulu lepas tu barulah ditumbuk halus mcm dlm gambar tu. Baunya pun sgt harum. Pasti ada yg tertanya2 rempah 5 @ 5 spices tu apa, btl x?...Ok, kalau ada yg x tau lagi, mari belajar kat sini mcm mana nak buat...Mula-mula sediakan sekeping kulit kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 2 kuntum bunga cengkih, 1 sdt jintan manis dan 1 sdt jintan putih. Sangaikan(goreng tanpa minyak) kesemuanya sehingga keperangan. Jangan sampai hangus. Selepas itu, tumbuk atau kisar halus. Dah siap. Mudah, kan? Lebihan rempah ni bolehlah disimpan lama di dlm bekas kedap udara. Selamat mencuba! Ha, lepas ni bolehlah try resepi2 yg menggunakan rempah 5. Kalau xnak buat xpa, boleh beli yg dh siap. Tapi kalau dpt buat sendiri lagi bagus di samping dpt menjimatkan kos....

Resepi Udang 5 Spices boleh klik kat Sini

2 comments:

love2cook said...

Uish! sedapppp!!! Love pun selalu buat rempah sendiri...;)

dayang_jack said...

baguslah mcm tu Love...buat rempah sendiri barulah terasa keenakan masakan yg kte masak....