Monday, July 27, 2009

Spaghetti with Bolognaise Sauce

Salam...pagi td dayang dan anak2 bersarapan spageti dan roti bakar jer. Dari semalam lagi si princess dah request. Nasib baik stok ada. Guna spageti yang halus tu. Memang menyelerakan.


Bahan-bahan untuk sos mengikut versi sendiri :
  • 200 gm daging cincang
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 4 sb puri tomato
  • 1 sb sos tomato
  • 1 sb sos cili
  • 1/2 sb stok ayam
  • 1 biji tomato (dihiris dadu)
  • 1 labu bawang besar (dihiris dadu)
  • sedikit lada sulah
  • 1/2 sdt serbuk lada hitam
  • sedikit oregano
  • garam dan gula secukupnya
  • 1 sb mentega
Cara-cara : Cairkan mentega. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga terbit bau. Masukkan puri tomato. Kacau sebati. Kemudian masukkan daging cincang dan sedikit air. Biarkan mendidih sebentar. Kemudian masukkan stok ayam, sos tomato dan sos cili. Kacau lagi. Masukkan pula tomato, lada sulah, serbuk lada hitam, oregano, diikuti garam dan sedikit gula. Setelah masak, tutupkan api dan biarkan ia merenih sebentar. Hidangkan bersama spageti yang sudah direbus atau pasta pilihan.




2 comments:

Watierman said...

Salam Dayang ...ni memang fav anak2 akak juga....

dayang_jack said...

waalaikumsalam kak watie,..sesekali makan mmg sedap kan. disebabkan anak2 suka makan spageti, dyg pun ter'suka' jugak lah...hehe