Sunday, July 05, 2009

Siakap Sweet Sour

Menu ikan siakap...dah lama gak tak masak sweet sour. Tapi sebenarnya nak masak cepat sebab dh terlalu lapar. Lauk ni kira cepatlah gak dimasak. Siakap ni digoreng terlebih dahulu dan lepas tu buat kuah sweet sour nya pulak. Memang sedaplah. Hehe...dah lapar sgt, apa2 yg dimasak pun semuanya sedap....

Wahai Puan Lina...mcm tau2 jer dyg nak upload n3 kan....hehe. Meh la sini...kita makan sama2....
Resepi ikan siakap ni dyg masak ikut citarasa sendiri. Nak mencuba, silalah yer...

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ikan siakap (digoreng mcm biasa)
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 1 ulas bawang putih (dihirris)
  • 1 labu bawang besar (dipotong bulat)
  • 3 sb sos cili Thai
  • 1 sdt sos ikan
  • 3 sb sos cili
  • 2 sb sos tomato
  • 1 sudu makan tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)
  • 1 helai daun limau purut
  • 1/2 biji epal hijau (dihiris dadu)
  • 1 hirisan nanas (dihiris dadu)
  • sedikit kapsikum (dihiris dadu)
  • 1 biji tomato (dihiris dadu)
  • air secukupnya
  • minyak utk menumis
Cara-cara :
  1. Tumis bahan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan sos cili Thai, sos ikan, sos cili dan sos tomato. Masukkan sedikit air.
  3. Setelah mendidih, masukkan daun limau purut, epal, tomato, bawang besar, kapsikum dan nanas. (Kalau kurang masam atau manis boleh tmbh sos cili dan tomato).
  4. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung. kacau rata2.
  5. Setelah masak, tuangkan ke atas ikan tadi. Hidangkan.

1 comment:

blogresipi said...

Sodapnye ikan sweet sour... terliur nengoknye.