Sunday, July 19, 2009

Lemon Cheese Ice Cream Cake

Lega rasanya dapat makan aiskrim cake buatan sendiri dgn taste sendiri berbanding yang dijual kat kedai. Manis taklah sangat. Sedang2. Rasa lemon2 gitu...kat lapisan bawahnya lak dayang guna biskut marie (actually nak guna biskut oreo tapi stok xde, malas lak nak pergi kedai) Buat satu loyang kecik. Memang best!

Anak2 lak sejak dua menjak ni dah tak berapa minat makan aiskrim sb dayang dah bagi warning jangan makan byk sgt. Lagipun musim ni musim batuk dan selsema. Si kecik tu pun baru je terkena. Nasib baiklah anak2 ni dgr cakap...hehe.

Anyway, kek aiskrim ni dyg buat mengikut stok yang ada. Kebetulan whipping cream masih ada dan krim keju pun ada sedikit. Apa lagi.....jalan gak projek separuh mega ni... :)

Resepi Lemon Cheese Ice-Cream Cake

Bahan-bahan :

Bahan A :
  • 2 cawan biskut marie hancur (boleh guna biskut manis yang lain)
  • 150 gm butter
Cara-cara : Gaulkan bahan-bahan di atas sehingga sebati. Sediakan loyang/bekas yang bersesuaian dan lengserkan dgn sedikit minyak zaitun/marjerin. Tuangkan adunan tadi dan mampatkan sehingga rata. Ketepikan.


Bahan B :
  • 200 gm cream cheese (dicairkan bersama 1/2 cawan air panas. Kacau sehingga sebati)
  • 1 cawan susu segar + 1 sudu besar jus lemon (dikacau hingga sedikit likat)
  • 1/2 cawan whipping cream
  • 1/2 @ 3/4 cawan gula halus
Cara-cara : Satukan kesemua bahan2 di atas di dlm mix bowl dan putar hingga sebati. Kemudian tuangkan ke dalam loyang tadi dan bekukan selama 7-9 jam.


4 comments:

Nor said...

alahai, syoknyer kalau dpt masuk anak tekak k.nor nih.. meh la sepotong..

Azura said...

Salam kak, zura minat tul bab cheese2 ni. Teruja tau. Guna loyang biasa pun leh ye kak, x yah springform? Kak xsabar nk tgk resepi akak. Kreatif la.

dayang_jack said...

k.nor, dyg tau k.nor pun peminat setia aiskrim...heheh. sb tu ler yang sepotong tu nak bg kat k.nor...jgn lupe ambik tau sblm cair..hehe

dayang_jack said...

Azura : waalaikumsalam...aiskrim bidan terjun...hehe. akak malas nk guna bekas lain...guna loyang biasa pun boleh gak...nanti kte update yer...server buat masa ni tgh kucar kacir sikit... :)