Friday, July 03, 2009

Kembung Bercili


Lauk sedap buat makan tengahari. Hajat di hati nak masak mcm ida tu tp time nk tgk resepi, laptop lak buat hal. Punyalah semangat nk masak Kembung Masak Kuali, last2 masak lain. Takpelah,...xda rezeki....esok masih ada.....

Ikan goreng bercili ni pun sedap kalau ikut selera tekak ni. Nama jer bercili, tapi taklah pedas sgt. Agak-agaklah, kan...


Bahan A (perapan)
  • 6 ekor ikan kembung sederhana(dibersihkan)
  • 2 sudu makan serbuk kari ikan
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu makan air
  • garam secukupnya
  • minyak utk menggoreng
Cara-cara : Gaulkan semua bahan di atas dan perap 30 minit. Kemudian, goreng hingga masak.

Bahan B : (kuah cili)
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 2-3 sudu makan cili kering kisar
  • 2-3 sudu makan sos cili
  • 2 helai daun limau purut
  • sedikit hirisan nanas
  • 1 biji tomato (dihiris dadu)
  • sedikit cili benggala/kapsikum (dihiris)
  • 2-3 biji cili padi (dihiris)
  • garam dan gula secukupnya
  • sedikit minyak dan sedikit air
Cara-cara : Panaskan minyak di dlm kuali. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili kering sehingga terbit bau. Masukkan daun limau purut, sos cili, cili padi, kapsikum gula dan garam. Kacau sebati. Kemudian masukkan air. Akhir sekali, masukkan nanas dan tomato. Gaulkan.

Hidangkan bersama ikan kembung yg sudah digoreng tadi.

2 comments:

Mima's Oven said...

Kelihatan menarik sungguh lauk ikan kembung bercili nie... pasti cedap kan? selalunyerkan saya goreng ikan nie pastu golek dalam sambal taucu. best nyer makan ngan nasi putih panas2...

dayang_jack said...

to Mima's Oven... mmg sedap makan ikan kembung ni. Buat sambal pun sedap, pais pun sedap, bercili pun sedap..pendek kata semualah sedap kalau digabungkan dgn ikan kembung goreng ni...hehe