Tuesday, July 07, 2009

Honey Prawns

Sapa nak udang??...mai sini!...ada lagi ni...bawak besen pun xpe., jgn malu2....hehe. Kalau nak tau, inilah lauk udang yg paling dyg suka. Sedapnya xleh nak gambarkan dan xleh nak cakap......makan nasik pun sampai menambah2 disebabkan keenakan udang bermadu ni.....dah habis nasik pun siap meratah lagi...mmg bestlah!!!


Udang ni xlah besar sgt saiznya. Ingatkan nak carik udang galah tapi masa pi pasar hr tu, hanya udang dan saiz ni je lah yang ada. Beli je lah dp xde langsung.


Resepi udang ni pun datangnya dp idea sendiri. Biasalah, dyg ni jenis yang cepat jemu kalau masak udang sepesen jer. Maka, dgn idea kreatif ni terciptalah resepi udang bermadu mabeles...

Peminat2 udang sekalian, sila copy n paste resepi ni dan jangan lupa masak tau....nanti cikgu nak bg award misteri...... :)

bahan-bahan :
  • 400 gm udang basah (diperap bersama serbuk kunyit, garam dan 1 sudu makan tepung jagung selama 10 minit. Kemudian digoreng sehingga garing)
  • 1 labu bawang besar*
  • 1 biji cili merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3 sudu makan madu (dibancuh dgn 60 ml air)
  • 2-3 biji cili api (diketuk)
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan jus lemon
  • sedikit daun ketumbar (dihiris)
  • 1/2 sudu besar kicap pekat
Cara-cara : Kisar bahan2 bertanda *. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar hingga garing. Masukkan madu, kicap dan sos cili. Kacau sedikit. Kemudian masukkan cili api dan daun ketumbar. Setelah kuah agak kering, masukkan udang, jus lemon dan daun ketumbar. Gaul mesra selama 10 saat. Tutupkan api. Hidangkan.

2 comments:

Nor said...

dayang, akak dah buat dah! dah post kat rumah akak pun!!! mabeles sungguh rasa udang ni.. akak C&P resipi ni ya.. tq!

dayang_jack said...

tq, kak nor...lebiuuu! nampaknya kenalah dyg tunaikan janji pas ni....sabar yer...sb laptop ni nk kena masuk wad dulu....hehe