Monday, July 13, 2009

Fruit Cake

Salam....

Kek buah ni dyg buat petang semalam. Buat sikit jer. Saja nak perhabiskan segala raisin yg ada tu. Ni adalah kali pertama dyg buat sepanjang hidup berkeluarga. Masa anak dara dulu selalu buat esp utk raya. Tu pun buat cara kukus dalam loyang 10 inci. Memang besar dan tahan lama kek buah ni tapi kena simpan dgn cara yg betul. Kek ni dayang bakar selama 40 minit dlm mangkuk kaserol bersaiz 5'' x 9''.

Terhasil mengikut versi sendiri. Yang penting, kek ni menjadi. Tak sangka plak si Princess tu suka kek ni. Maybe sb ada campuran ceri dan rasanya xlah masam sgt sb dyg campurkan sekali dgn madu.


Bahan-bahan : loyang 5'' x 9''
  • 1 1/4 cawan tepung naik sendiri + 1/2 sdt soda bikarbonat (diayak sekali)
  • 2 biji telur A
  • 1/2 cawan marjerin
  • 1 cawan mix fruit
  • 1/2 cawan gula perang (dyg guna soft brown sugar)
  • 1/4 cawan madu/golden syrup
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pd suhu 160-170C.
  2. Lengserkan loyang dgn mentega/marjerin dan taburkan tepung.
  3. Gaulkan mix fruit bersama madu. Kemudian satukan dgn tepung. Gaulkan rata2 dan ketepikan.
  4. Putar marjerin bersama gula perang sehingga kembang. Masukkan telur satu demi satu sambil diputar.
  5. Akhir sekali masukkan adunan tepung tadi dan kacau perlahan dgn menggunakan spatula atau senduk.
  6. Tuangkan ke dlm loyang dan ratakan.
  7. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak.

3 comments:

Watierman said...

Wah sedap kan dpt makan kek buah ni dengan teh nipis petang2 gini...dah lama tak makan kek ni...jgn kata buat memang tak pernah...hmm sedap tu!!

dayang_jack said...

to k.watie...mmg sedap bila dpt mkn sekali sekala, kak. satu bekas tu leh abis satu hari..hehe

Anonymous said...

salam,dyg..

kek ni moist x?sama x mcm yg kukus?klu guna recipe ni boleh kukus x?klu blh,berapa lama nk dikukus?