Monday, July 06, 2009

Choc Cheese Cake


Last n3 utk hari ni. Pada awalnya dyg nak buat kek coklat kukus seperti yg diminta oleh princess tapi memandangkan saki baki cream cheese ada lagi, dyg satukan sekali. Kek ni dayang kukus dulu dan kemudian dibakar selama 30 minit.



Bahan A
  • 150 gm tepung naik sendiri + 40 gm serbuk koko (diayak bersama)
  • 170 gm gula halus
  • 3 biji telur A
  • 180 gm mentega
Cara - cara : Pukul telur dan gula hingga kembang dgn kelajuan maksimun. Manakala mentega dipukul sehingga putih dan gebu. Satukan kedua2nya dan pukul lagi dgn kelajuan sedehana. Masukkan tepung bersama koko tadi dan putar perlahan sehingga sebati.

Bahan B :
  • 250 gm cream cheese
  • 60 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sdt esen vanilla
  • Cara-cara : Pukul cheese sehingga kembang. Masukkan gula, telur dan esen vanilla. Pukul lagi sehingga kembang.
  • Sediakan loyang yg tlh dilengser dgn mentega dan ditaburkan tepung. Tuang adunan A dan B secara berselang-seli. Bakar selama 1 jam dgn menggunakan suhu 165C atau kukus selama 1 jam 30 minit dan kemudian dibakar selama 30 minit pd suhu 160C (seperti yg dyg telah buat ni. Hasilnya kek akan jadi lembut, moist dan chewy)

Yang ni nak kena deco sikit utk si Princess.... favorite dia la ni...

2 comments:

princessharyati said...

only one can i say when i see your photo.. delicious!

dayang_jack said...

thanks, yatt. long time no news...miss u so much!