Thursday, July 09, 2009

Cencaru Sumbat

Menu makan tengahari tadi. Dah lama tak buat cencaru sumbat ni. Sesekali makan memang menyelerakan. Tak cukup seekor, tambah lagi seekor....alahai, nampak gayanya selera ni makin mengada-ngada.... :)

Untuk cencaru sumbat ni, dyg wangikan dengan bunga kantan dan daun kunyit. Jadi rasanya pun tak muak.

Di sini dyg sertakan resepinya mengikut versi sendiri. Yang berminat, bolehlah cuba yer. Memang sedaaaaaaap!

Bahan-bahan :
  • 5 ekor ikan cencaru sederhana (dibersihkan, dibelah bahagian belakangnya, diperap bersama serbuk kunyit dan garam, kemudian digoreng)
  • 100 gm kelapa parut
  • 1 helai daun kunyit(dihiris)
  • 4 sudu makan cili kering kisar
  • 1 biji cili merah
  • 1 labu bawang besar
  • 1 inci halia
  • 3 batang serai
  • 3 kelopak bunga kantan (dihiris)
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 inci belacan bakar
  • garam dan gula
Cara-cara :
  1. Ambil separuh dp kelapa parut dan kisar bersama bawang besar, halia, cili merah, kunyit, belacan dan serai.
  2. Sediakan sedikit minyak. Tumis cili kering dan bahan2 kisar hingga naik bau. Masukkan daun kunyit, bunga kantan dan baki kelapa parut dan kacau lagi sehingga kering. Kemudian barulah dimasukkan gula dan garam secukupnya.
  3. Setelah masak, sumbatkan sambal kelapa tadi di dlm cencaru.
  4. Hidangkan.
***kalau nak pedas lagi, bolehlah tambah cili padi.

2 comments:

geraugebang said...

Salam, gerau suka cencaru ni, tak kiralah, cencaru sumbat kelapa, atau sumbat sambal biasa. goreng cebur, tawar macam tu aje pun sodap.

blogresipi said...

Cencaru memang best... sumbat2 macam nie menyelerakan betol... harus bertambah makan nasi.. ikan pun mesti kena tambah jugak.hehe