Wednesday, July 08, 2009

Apam Gebu

Menu minum petang semalam. Baru sempat update. Tu pun posing simple jer. Baru prasan yg dyg hanya fokus n snap 1 cup jer... yg kat belakang tu buat x tau jer..hehe...maklumlah nak cepat katakan....actually apam ni berwarna-warni, cuma yg cup ni x nmpak warna hijaunya...Apa2pun apam favorite ni mmg lembut dan gebuss!!!.....


Ok...kalau nak cuba resepi ini, sila copy resepi yer. Adunan utk apam ni xlah byk sgt namun mmg sesuai utk dicuba try test......gud luck everyone!!!..

Bahan-bahan :
  • 1 1/4 cawan tepung naik sendiri (diayak)
  • 1 biji telur
  • 1 sdt esen vanilla
  • 65 ml air
  • 65 ml susu segar
  • 1 cawan gula halus (kalau xnak manis, make it 3/4 cup)
  • 1 sudu makan minyak masak
  • pewarna hijau dan merah
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya dgn api sederhana.
  2. Sediakan mix bowl. Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) dan putar hingga kembang.
  3. Masukkan minyak masak dan kacau perlahan dgn menggunakan spatula/sudu.
  4. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Titiskan warna merah dan hijau. Satu bahagian lagi dibiarkan kosong.
  5. Tuangkan adunan ke dlm bekas yg bersesuaian secara berselang seli.
  6. Kukus selama 15 minit.




2 comments:

blogresipi said...

Alamak gebunye.. rasa cam nak ngap jer tgk apam tue...

dayang_jack said...

mmg gebu sgt2... try la yer...