Saturday, June 20, 2009

Kek Green Carpet (kukus)

Salam semua....Selamat beriadah dan berehat pd hujung minggu....sambil2 tu bolehlah berblogging di samping melayan perasaan....cewahhh!....hehe. Semalam x berapa larat nak layan benda alah ni sb sakit kepala. Mungkin mata ni xleh nak menatap laptop lama sgt kot....sb tu pening. Tapi hari ni dh ok, Alhamdulillah....bila dh ok & dah makan vitamin R, datang lak idea baru. Maka tercipta sekali lagi sebijik kek yang boleh tahan sedapnya...Kek Karpet Hijau atau Green Carpet Cake. Unik sikit nama ni, best ke tak best ke, hentam sajalah.....janji sedap...hehe

Kek ni dyg buat tgh malam td. x retilah nk buat siang hari. lagipun byk lagi keje2 lain yg wajib kena buat. Pada mulanya, dyg nk buat kek kukus Velvet k.fida tu tp xde hawflakes. Next time je lah yer k.fida. Kek ni pun kek kukus tau. Memang sedap. Sekali pandang mcm kek marble pandan yg biasa dijual siap tu tp bahan2nya ada sedikit berbeza dp bahan2 yang ini.


Kek Green Carpet (kukus)

Bahan-bahan : Loyang 6 ATAU 7 inci (kek ni saiz kecil je)
  • 1 1/4 cawan tepung naik sendiri
  • 5 biji telur A
  • 225 gm mentega
  • 3/4 cawan gula halus
  • 4 sudu besar tepung biskut marie (kira2 5 keping biskut marie, dikisar/ditumbuk halus)
  • 3 sudu besar horlicks
  • 1 1/2 sk pandan paste/pandan emulco
  • 1/4 cawan susu pekat manis
Cara-cara :
  1. Panaskan pengukus. Sediakan loyang kek. Lengserkan dgn mentega dan lapik dgn baking paper (gris dgn mentega dan taburkan sedikit tepung).
  2. Satukan tepung dengan horlick dan tepung biskut marie. Ayakkan sekali dan gaulkan rata2. Ketepikan.
  3. Sediakan mixer. Pukul mentega dan gula hingga betul2 kembang, putih dan gebu. (pastikan gula hancur betul2). Gunakan kelajuan maksimum.
  4. Masukkan telur satu demi satu hingga habis. Gunakan kelajuan minima shj.
  5. Masukkan susu pekat dan kacau lagi.
  6. Masukkan tepung tadi sambil dikacau perlahan.
  7. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dgn pes pandan dan satu lagi dibiarkan kosong (x perlu letak warna, nanti ia jadi warna kuning selepas dikukus).
  8. Kemudian tuangkan adunan td di dlm loyang secara berselang seli atau berlapis (ikutlah kreativiti sendiri).
  9. Kukuslah selama 1 jam 20 minit.
  10. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.

Nilah antara bahan2 yg digunakan utk buat kek ni. Pandan paste tu pulak dyg guna yang brand Koepoe-Koepoe. Tapi kalau xde, boleh guna cap Nona.

Biskut marie dari Munchy's.

KLIK DI SINI UNTUK VERSI TERKINI

1 comments:

Ibu Piya said...

tumpang tanya ...mentega tu kalu sukat ikut cawan brp cawan ye..eheheh tak tahu la..