Tuesday, June 30, 2009

Sayur Rebus (Kulit Tembikai)

Salam....

Kalau makan tembikai, kulitnya jangan dibuang. Boleh dibuat sayur air/rebus. Sedap tau. Cara nak masaknya pun senang je. Mula2 buangkan/kupas kulit hijaunya, selepas itu, potonglah ikut suka mcm yang dlm gambar ni. Kemudian, bersihkan. Didihkan air secukupnya di dlm periuk. Sementara itu, tumbuk sedikit bwg merah, bawang putih, sedikit lada hitam dan sedikit ikan bilis. Masukkan ke dlm air mendidih td. Lepas tu masukkan kulit tembikai dan perasakan dgn garam. Dah siap. Mudah, kan?...Hidangkan dgn nasi panas pekena dgn ikan goreng/ikan masin....memang menyelerakan!

2 comments:

L@dyKichiMachiko said...

mmg sedap.resepi atuk-nenek dulu2.teringat kat arwah nenek bila baca entry ni. Al-fatihah utk arwah.

laini said...

Ok gak...kulit temikai ada tu..boleh buat cam nih...