Monday, June 22, 2009

Kek Lapis Alwani



Ooopps!...ada lagi rupanya....tgh demamlah ni...demam kekkkk!...hehe. Buat tgh malam tadi...biasalah, time dekat2 nk raya ni dyg mmg suka bermain dgn kek.. kira testinglah ni. Buat dgn loyang kecik dulu. Then, kalau jadi, raya nanti buat yang besar plak. Memang x menghampakan...Alhamdulillah....menjadi gak. Lembut dan sedap. Bahan-bahannya pun x keterlaluan dan tak menyusahkan.

Setelah seharian memikirkan nama yg sesuai utk kek ini plus undian dan cadangan ramai, maka dengan ini diumumkan bahawa kek ini diberi nama "Kek Lapis Alwani" (Alwani bermaksud 'warna-warni'). Terima kasihlah atas cadangan rakan2 yang disayangi sekalian....kpd Puan Hana yg jauh di sana,...tq so much for trying dis recipe... really appreciate it!.. :)

Resepi istimewa ini dyg ingin kongsikan bersama anda semua. Selamat mencuba!

Bahan-bahan :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/3 cawan horlicks (original)
  • 5 biji telur A
  • 1/2 cawan gula halus
  • 200 gm marjerin / mentega
  • 1/3 cawan susu pekat manis
  • 1/3 cawan kismis hitam
  • 1 sdt esen vanilla
  • pewarna oren, merah dan hijau
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Panaskan airnya. Sediakan loyang berukuran 6 inci. Lengserkan dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
  2. Gaulkan kismis bersama sedikit tepung (1 sudu makan). Ketepikan.
  3. Ayak tepung bersama horlicks di dlm satu bekas yang agak besar. Ketepikan seketika.
  4. Pukul marjerin dgn gula sehingga kembang dan putih.
  5. Masukkan telur satu demi satu sambil diputar.
  6. Masukkan susu pekat dan putar lagi
  7. Masukkan tepung dan putar hingga sebati.
  8. Masukkan esen vanilla. Ratakan.
  9. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Warnakan merah, hijau dan oren.
  10. Tuangkan adunan merah ke dlm loyang terlebih dahulu, dan taburkan kismis di atasnya. Kemudian, tutuplah loyang dgn kertas foil atau plastik. Kukus selama 7 minit.
  11. Ulangi langkah 10 utk lapisan hijau. Kukus selama 15 minit.
  12. Akhir sekali tuangkan lapisan oren dan taburkan kismis. Kukus lama sikit (kira2 1 jam) atau sehingga ia masak.
***kek ni saiz kecil, gandakan bahan2nya jika nak buat yang saiz besar.

3 comments:

Nor said...

hehhe kek lapis trafic light berkismis! muahahaha

dayang_jack said...

hahaha!...ade2 jer k.nor ni...baru prasan warna traffic light...tp kek ni xlah cerah sgt...soft2 gitu...ape2pun thanks for the comment...

sreSHAziela said...

salam ka dayang..

nak try resepi akak esok sbb dah lama sgt teringin nak mkn kek lapis.. tp mmg tade baking powder kan resepi ni.. br sha perasan.. so mmg tak naik lah ye kak?

saye bdk br belaja.. klau salah tlg marah kan.. heheee