Hari ni masak ayam madu. Bukan selalu pun...sekadar memenuhi selera yg dh lama kepingin sgt nak rasa ayam madu. Dulu, dyg suka beli jer kat Kampung Attap. Memang sedaplah ayam madu kat situ. Lepas kawin, hubby suruh masak sendiri...padan muka aku!...hehe
Resepi ayam madu ni pun ikut versi sendiri. Yang penting, anak2 suka.
Bahan-bahan :
Bahan-bahan :
- 1/2 ekor ayam (dipotong ikut suka)
- 4 sudu makan cili kering kisar
- 1 sudu makan serbuk kari ayam
- 1 inci halia (ditumbuk)
- 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 1 sudu makan serbuk kunyit
- 2-3 sudu makan sos tomato
- garam
- 3 sudu besar madu (dibancuh dgn sedikit air)
- 1 sudu makan gula melaka/gula merah
- sedikit bawang besar (dihiris)
- Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit, garam, serbuk kari, 2 sudu makan cili kering kisar dan separuh dp bahan-bahan tumbuk dan perapkan selama 30 minit. Kemudian, gorengkan ayam sehingga masak.
- Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis lebihan bahan2 tumbuk dan cili kering td sehingga pecah minyak. Masukkan sos tomato, madu dan gula melaka/gula merah. Kacau sebati.
- Kemudian masukkan ayam yg tlh digoreng dan gaulkan rata2. Akhir sekali, masukkan bawang besar.
- Hidangkan panas2 setelah masak.
No comments:
Post a Comment