Monday, April 20, 2009

Mee Kari Dayang

Dah jemu makan nasik, beralih arah plak dgn menu mee. Kali ni buat mee kari seperti yang diminta oleh princess bbrp hari lepas...hehe. Ni lah makan ptg kami juga merangkap makan malam. Mee kari ni mmg sedap kalau ikut selera tekak ni. Makan berpinggan2 plak tu. Kuahnya yg ada 'ummph' serta tak muak tu lah dayang boleh telan sampai 2-3 mangkuk.

Masa makan tak ingat diet, pendek kata hari ni mmg hari membina badanlah.....hehe. Lepas makan barulah rasa bersalah...uhukk!

Oleh itu, dayang cover dengan Slimming Tea...lega rasanya!

Kawan-kawan yang dikasihi,...jika sudi, cubalah resepi ni. Belum cuba belum tau. Tapi gerenti sedap, InsyaAllah... di sini dayang seikhlas hati kongsikan resepi mee kari buat semua. Selamat Mencuba!

Mee Kari Dayang

Bahan-bahan : 4-5 orang

Bahan A
  • 1/2 kilo mi kuning (dicelur)
  • 4 biji telur rebus (dibelah dua)
  • sedikit sawi (dicelur)
  • sedikit taugeh (dicelur)
  • sedikit daging lembu (direbus dan dihiris nipis)
  • 2 biji cili merah (dihiris)
  • sedikit daun sup(dihiris)
  • sedikit bawang goreng
  • 1 keping tauhu goreng (dihiris)
  • 2-3 biji limau kasturi - optional
Bahan B (kuah)
  • 300 gm keledek merah (direbus dan dikisar lumat)
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 1/2 inci lengkuas (dikisar)
  • segenggam udang kering (dikisar)
  • rempah 4 sekawan
  • 3 sudu makan serbuk kari daging (dibancuh dgn sedikit air)
  • 2 sudu makan tepung gandum (dibancuh dgn sedikit air)
  • 2 sudu makan kerisik (kalau xde kerisik, buatlah sendiri. Ambil 2 sudu besar kelapa parut, pastu goreng tanpa minyak sampai perang. Then, tumbuk lumat. dah siap)
  • 700-800 ml air atau lebih
  • gula dan garam secukupnya
  • minyak masak
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan rempah 4 sekawan diikuti dgn bahan-bahan kisar.
  2. Masukkan pes kari dan tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan keledek yg tlh dikisar dan juga air. Kacau sekali sekala dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan tepung gandum, kerisik, garam dan gula. Kacau hingga sebati. (sila tambah air jika perlu)
  5. Apabila sudah masak, biarkan merenih seketika.
Cara hidangan : Sediakan pinggan/mangkuk. Susunkan bahan A dan tuangkan kuahnya.

***mi ni kalau nak rasa keasliannya, tak perlu perah dgn limau kasturi. Sememangnya, dyg x suka pun sb rasanya lebih sedap tanpa limau. Tapi terpulanglah pd selera tekak masing2.

No comments: