Sunday, April 05, 2009

Homemade Pes Laksa Sarawak

Alah bisa tegal biasa...when there is a will, there is way.......emmm, dalam juga maksudnya tu...hehe. Ape kena-mengena dgn pes laksa ni?..keh!keh!keh!...ada lah tu...sebenarnya dayang nak encourage bg sesape yang teringin sangat nak mencuba Laksa Sarawak tetapi x tau kat mana nak beli pesnya, boleh lah mencuba resepi ini secara manual. Mudah-mudahan akan mendapat hasil yang dikehendaki......Good Luck!

Bahan-bahan : untuk 150-200 gm
  • 8 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 10-12 tangkai cili kering*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 sk ketumbar
  • 1 sk jintan manis
  • 1 sk jintan putih
  • 3 biji buah keras*
  • 2-3 batang serai*
  • 1 inci belacan bakar*
  • 1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
  • 1/4 cawan bijan (digoreng)
  • sedikit garam
  • sedikit minyak utk menumis
Cara-cara :
  1. Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda *.
  2. Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dgn bahan2 *.
  3. Panaskan minyak. Tumis bahan2 td sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula jika suka.
  4. Simpan di dalam bekas yg bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.

No comments: