Friday, April 17, 2009

Acar Berempah Ikan Tenggiri

Sesekali makan acar ikan mmg menyelerakan lbh2 lg dapat ikan tenggiri segar. Tak sedar nasi bertambah-tambah. Alahai...lepas ni nak kena dietlah. Terasa berat sangat badan ni...hehe...

Resepi mengikut selera tekak. Jom kita masak!!.... :)

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ikan tenggiri (dibersihkan, dipotong, diperap kunyit & garam dan digoreng)
  • 5 biji bawang merah*
  • 4 biji bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 1 sudu makan ketumbar (disangai dan ditumbuk kasar)
  • 1 sk jintan manis*
  • 1 sk jintan putih*
  • 3 sudu makan cili kisar
  • 2 biji cili merah*
  • 1/3 cawan cuka
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 1 sudu makan sos cili dan sos tomato
  • 3 sudu makan rempah kurma (dibancuh dgn sedikit air)
  • sedikit garam
  • gula secukupnya
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • air secukupnya
  • minyak masak
Cara-cara :
  1. Kisar bahan-bahan bertanda *. Panaskan minyak di dalam kuali/periuk (lebihkan minyak masak). Tumis bahan-bahan kisar, serbuk kunyit dan ketumbar sehingga terbit bau.
  2. Masukkan cili kisar dan tunggu sampai pecah minyak. Masukkan rempah kurma. Bila agak kering, masukkan air dan biarkan mendidih.
  3. Masukkan cuka, sos cili, sos tomato, garam dan gula. Kemudian masukkan ikan dan bawang besar. Masak hingga kering. Akhir sekali masukkan tomato.
  4. Sedia untuk dihidangkan.

0 comments: