Sunday, June 14, 2009

Sambal Udang Petai

Yummy!....x dpt nak kata betapa sedapnya sambal udang ni lbh2 dapat yg saiz XL. Fresh lagi tuh!...time nak beli n nak masukkan dlm beg plastik, siap berjoget2 lagi udang tu...ingatkan dh mati, terkejut beruk gak tengok udang tu masih hidup. Yalah, selama membeli belah kat Giant, jarang dpt tgk udang terlebih segar mcm ni....ape2pun, mmg best dan berbaloi!....

Ni pulak resepi udang petai mengikut versi dayang. Ada satu lg resepi udang ni kat MYR. Kalau suka dan berminat, cubalah resepi ni yer...

Bahan-bahan :
  • 300 gm udang basah (dikbuang kulit)
  • sedikit petai (dibelah dua)
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1/2 inci belacan bakar (dikisar)
  • 3 sb cili kisar (ikutlah sukatan sendiri)
  • sedikit gula melaka
  • sedikit air asam jawa
  • sedikit garam
  • sedikit santan rendah lemak/susu cair
Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar hingga garing.
  2. Masukkan udang dan sedikit air. Kacau sebati.
  3. Masukkan petai, gula melaka, air asam jawa dan santan/susu cair.
  4. Perasakan dgn garam.
  5. Hidangkan setelah masak.

2 comments:

sunkist said...

ni sekali hadap je pasti licin... ;)

dayang_jack said...

betul tu ida...hehe. x sempat duduk 2 kali....