Monday, April 06, 2009

Udang Goreng Berempah DayangJack

Dah namanya penggemar udang, masakan jenis apa je mesti suka...lebih2 lg bila dapat udang galah, apalagi...excited sgt. Kat umah ni, selalunya masak lemak cili api, butter prawns, masak merah, masak sambal, rendang, kerutup dan tom yam. Hari ini, terciptalah resepi udang berempah. Memang makan sakanlah hari ni. Diet pun entah ke mana...:D...xpelah,..sekali sekala, kan?..

Sebelum menggoreng, kena perap dulu udang ni dgn bahan rempahnya (mcm yg dlm gambar ni). Agak-agak dalam 1 jam atau lebih. Barulah ia betul2 meresap dan sedap dimakan....baunya pun harum dgn aroma rempahnya...

Kalau nak rasa yang lebih garing, gorenglah lama sikit. Takpe, makan dgn kulit2nya sekali, mmg garing dan rangup. Tapi hati2 dgn kepalanya yang menusuk kalbu tu...hehe. Biasanya dyg akan buang kepalanya atau potong separuh. Tapi hari ni, potong sikit je sb nak posing seksi katakan...heheh.

Bahan-bahan :
  • 500 g udang galah
  • 4 ulas bawang putih*
  • 2 sb cili kering kisar
  • 1 inci halia*
  • 1 sb serbuk kari ikan
  • 1 sk jintan manis (disangai)
  • 1 sk ketumbar (disangai)
  • 1 sk jintan putih (disangai)
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 1 sb tepung beras
  • 1 biji telur
  • 1 tangkai daun kari
  • garam secukupnya
  • minyak utk deep frying
Cara-cara :
  1. Tumbuk bahan yang bertanda *.
  2. Jintan manis, ketumbar dan jintan putih ditumbuk sekali dan satukan dgn langkah 1.
  3. Sediakan bekas yang besar. Masukkan bahan2 yang ditumbuk td bersama serbuk kunyit, cili kisar, daun kari dan garam. Gaulkan.
  4. Masukkan udang. Gaul sebati.
  5. Masukkan telur. Gaul lagi.
  6. Akhir sekali masukkan tepung beras dan gaul rata2. Perap selama 1 jam atau lebih.
  7. Panaskan minyak di dalam kuali dgn api sederhana. Goreng udang sedingga masak.

0 comments: