Tuesday, February 10, 2009

Mihun Goreng


Bahan-bahan :

1 bungkus bihun (direndam lembut)
sedikit isi ayam (dihiris)
sedikit udang (dibuang kulit)
1 keping tauhu (dipotong kiub)
5 biji bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
2 sudu besar cili kering kisar
2 sudu makan sos tiram
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap pekat
1 biji telur besar (digoreng dan dihiris)
garam dan gula
minyak masak
lain2 tambahan : sawi, taugeh, cili merah, kobis, dsb.

Cara-cara :
  1. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan isi ayam, udang, sos tiram, sos cili, kicap pekat, dan sos tomato diikuti dgn tauhu. Masukkan air dan kacau rata2.
  3. Masukkan bihun. Kacau lg. Perasakan dgn garam dan gula. Akhir sekali, masukkan sawi, taugeh dan kobis. Sesudah masak, taburkan telur yg sudah dihiris, cili merah, daun sup dan bawang goreng jika suka.
  4. Hidangkan panas2.

No comments: