Monday, August 30, 2010

Puding Coklat Sos Kastard


Salam...
Ini mungkin entri iftar yg the last kot sb lepas ni dah nak start mengukis & mengekek pulak. Jadi, faham2 jelah yer...hehe. Hari ni nak tempah sate jer utk berbuka. Kalau rajin, goreng mihun.

Puding coklat ni adalah dessert yg paling dyg suka sejak dulu2 lg....hehe...selalu ckp anak2 suka tp yg ni mmg favorite dyg tau. Walaupun rupa tak lawa, tapi rasanya sgt sedap, lembut dan berkrim. Anak2 tak usah tanyalah...gerenti laku punya...

Kalau ada yg berminat, bolehlah cuba resepinya yer. Tang gula tu bolehlah adjust sendiri. Bagi dyg dah cukup...sedang2 manisnya.

Puding Coklat Sos Kastard

Bahan-bahan : 5-7 orang  makan

Puding Coklat :
  • 10 g serbuk agar2 (plain) Cap Tiga Ros
  • 500 ml susu segar
  • 250 ml susu cair
  • 100 ml air
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 2 sb susu pekat
  • 2 sb serbuk koko (bancuhkan dgn sedikit air panas)
  • 1 sb tepung kastard + 2 sb air
  • 1 sb mentega
  • 1 sk esen vanilla
Cara-cara : Larutkan agar-agar dan gula bersama 100 ml air. Kemudian, masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dgn api perlahan. Setelah itu, masukkan koko, esen vanilla, tepung kastard dan mentega. Sebatikan. Tutupkan api. Tuangkan ke dlm bekas bersesuaian. Sejukkan.

Bahan Sos :
  • 2 cawan susu segar/susu cair (DJ campurkan kedua2nya)
  • 2 sb tepung kastard
  • 4 sb gula pasir
  • 1 sk esen vanilla
Cara-cara : Satukan kesemuanya di dlm periuk. Kacau hingga tepung larut. Kemudian, dipanaskan dgn api kecil hingga sos kelihatan pekat. Tutupkan api, dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi. Sejukkan terlebih dahulu. Kemudian, hiaskan dgn coklat urai jika suka.


Terima kasih atas kunjungan anda.
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke 53, 2010. "1 Malaysia Menjana Transformasi"

8 comments:

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

kak dayang,
sedapnya tgk puding coklat ni.
tq share....anak2 mesti sgt suka dgn puding ni . :-)

K.Nor said...

masuk list!! izin ya.. nak kopipes :)

dayang_jack said...

@Naimatul Hafizah Nor Rodin

InsyaAllah anak2 suke...selamat mencube yer...tq

dayang_jack said...

@K.Nor

dah agak dah...gerenti kak Nor masuk list..hehe

psst!..nanti jgn lupe anto satu bekas kat dyg!

izahdaut said...

nampak pun sedap je kak dayang..bahan2 pun tak susah..nak kene try jugak ni

blackcardomompods said...

sedapnya nampakkkkk sure sejuk nyaman je.nanti nk buatlah.minta halal ya

m!sZ zAL!nA said...

izinkan share... esok nak buat la bawak ke sekolah.. thanks

AYU said...

salam...selalu gak singgah sini mencari resepi...ni resepi pertama dayang yg saya cuba..memang sedap..tq dayang. izinkan saya copy ye..