Wednesday, May 18, 2011

Ayam Goreng Berempah Beriani


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni tak ada apa nak diceritakan sgt. Kita layan jelah resepi ayam goreng berempah ni erkk. Buat makan tengahari tadi. Dah acap kali gak goreng ayam stail gini. Memang sedaaaaaapp!

Ayam Goreng Berempah Beriani
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam saiz sederhana (dipotong dan dibersihkan)
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar rempah beriani
  • 1 sudu besar rempah kari ikan 
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1/2 sudu besar serbuk cili
  • sedikit air sejuk (jika perlu)
  • garam dan gula secukupnya
bahan-bahan kisar :
  • 6 batang serai
  • 6 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 4 ulas bawang putih
Cara-cara :
  1. Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan 1 jam atau semalaman (simpan dalam peti sejuk).
  2. Sediakan minyak untuk goreng terendam. Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga masak  keemasan.
  3. Hidangkan bersama nasi putih atau apa-apa sahaja jenis masakan nasi.



18 comments:

Zaliedana said...

Assalam kak Dayang,tgk jer pong mmg dah nmpk sedap,Sedapnya ngan kerak2 tuh..Amik resepi dulu lah kak..Nnti leh wat..

izahdaut said...

woooo sedapnya nampak tu kak dayang..
nak buat jugak nak buat jugak.. yess rempah beriani ada.. erkk ayam lak yang tak de..adehh

AZLITA AZIZ said...

amboi berkilat2 mmg menggoda betul resepi ni.. nanti ita nak cuba lah... tgk dah tau sedap!

K.Nor said...

sedapnyer!! kerak2 tu.. rangup jer kan

norlie said...

erm..menggoda betul ayam tu...huhuhu hati pun dah mula terpaut pada c ayam ni..

Mas said...

kak dayang...
sedappnya tengok ayam goreng tu....

DJ Dayang said...

@Zaliedana
w'salam...

mmg sedap ayam ni tau..akak rekemen sgt2...selamat mencube!

DJ Dayang said...

@izahdaut
hah! apa tunggu lagi..pi kejar ayam dulu erkk..pas tu anto kat akak 5 ekoq...heheh

DJ Dayang said...

@AZLITA AZIZ

hehe...tq Ita...shoot mane dan jek...x sabar2 nk ngap...hehe

sila2 lah cube resepinya nanti yer. tq

DJ Dayang said...

@K.Nor
yang ni mmg dyg xleh nk resist kak. terus hilang diet asik meratah jer esp yg kerak2 rangup tu...hehe

DJ Dayang said...

@norlie

ayam berempah ni mmg sedap, kak.

DJ Dayang said...

@Mas
mas, nanti cube tau...mmg besttt! :)

StarAnise said...

kene cube ni, nampak kerangupannya...wallahhh :)

Wanieyra said...

Kak, ayam ni sama tak dgn ayam goreng kat kedai mamak tu? ira suka betul ayam kat situ..

DJ Dayang said...

@StarAnise
mmg mesti dicube.... :)

DJ Dayang said...

@Wanieyra
x pasti plak..sb akak jarang mkn ayam goreng kat situ. Kalo mkn pun mkn nasik ayam beriani jek...hehe.

norli yusoff said...

nak share yer resipi ni.hihihih

norli yusoff said...

share resipi yer hikhik