Tuesday, August 23, 2011

Ayam Goreng Berempah Beriani

Minta maaf sekiranya gambar ni terlampau terang & menyakitkan mata. 
Memang x sempat nk edit langsung gara2 nak cepat....huhu.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semuanya...

Waduhh2...terlambat lagi nak update blogku ini. Nampak sgt bersawang. Spider sana spider sini...bilalah nk mencuci balik ni eh...raya dah nk dekat dah nih...huhu. Apa2pun utk tdk menghampakan para pembaca setiaku di sini...jomlah kita mencuci mata dengan menu yg dimasak semalam. Ni lah antara yg sempat dirakam. Ayam goreng berempah beriani. Sebelum ni DJ ada letak resepinya DI SINI. Tapi DJ kopipes semula resepinya di sini supaya senang nk baca kan. Kang tak letak resepi, ada plak yg merungut kang...spt yg terjadi bbrp hari lepas. Nak buat macam mana kan. DJ tak mampu nk memuaskan semua pihak. Kalau ada ruang dan masa, DJ bolehlah melepak lama sket kat sini dan update mana2 resepi yg belum ditulis. Tetapi tuntutan kerja2 lain telah mengatasi segala2nya. Apalah dayaku. Sekiranya ada terdapat kekurangan dlm blog ini, DJ memohon maaf la yer. Terima kasih juga kpd yg memberi komen. Ada yg sempat dibalas dan ada yg belum sempat dibalas lg. Nanti DJ akan cuba membalasnya satu persatu...InsyaAllah.

Ok...jom kita layan resepi sedap ni. Ada yg dah mencuba resepi ni. tqvm. Memang tak menghampakan. Alhamdulillah...seronok dpt feedback yg baik dp rakan2 blogger. Kalau tak jumpa rempah beriani, boleh juga digantikan dgn rempah kurma. Pun sedap jugak. 

Ayam Goreng Berempah Beriani
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam saiz sederhana (dipotong dan dibersihkan)
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar rempah beriani
  • 1 sudu besar rempah kari ikan 
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1/2 sudu besar serbuk cili (-/+)
  • sedikit air sejuk (jika perlu)
  • garam dan gula secukupnya
bahan-bahan kisar :
  • 6-7 batang serai 
  • 6 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 4 ulas bawang putih
Cara-cara :
  1. Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan 1 jam atau semalaman (simpan dalam peti sejuk).
  2. Sediakan minyak untuk goreng terendam. Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga masak keemasan.
  3. Hidangkan bersama nasi putih atau apa-apa sahaja jenis masakan nasi.

Sedaaaaaappp!

12 comments:

Sheila Shafeareen said...

salamboleh lh nak but petang ni budak2 pun suka ayam yg di goreng ragup..meratah hemmmmm sdp nya

Ummi said...

Waaaaaaaaaaahhh sedap nih..mesti ayam camni kena ratah jek dgn anak2 akak....nak buat, nak buat...thanks atas kesudian berkongsi kreativiti Dayang ni yea...

Ely Hasrul said...

gambar sungguh berahi.. sedapnyeeee

Mas said...

wahhhhhh...sedapnya ayam goreng ni...
nampak ranguppp jerk....
menyelerakan betoii...

♥LOVE2COOK♥ said...

Recipe is something similar like I did too kak. Never had the chance to post it since no pics taken. Ramai sgt guest.

I want some of yours now coz I didn't had much the other day..hehe! Looks super crunchy and delicious!!

Anonymous said...

please post in english also...

:.Noor Zaleha Jaafar.: said...

Wow !!! sedap giler...leh buat masa Raya nnti..makan dgn Nasi Beriani..Hu hu..pasti menjilat jari. Tq dayang..

suhailas said...

sedapnya sis...mmg menarik...!!!

Aida78 said...

sedapnya dayang...kene belajo buat ni huhhuhu terliauh air liuh di buatnya....

aizuraawang said...

Kak DJ... dah try! Sangat sedap!!

lina_pg said...

xmo komen pasai ayam mmg kompom sedap punya..DJ picas sungguh lah cantik, kamera baru ke ni?mmg tip top la

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

salam kenal...sebab nampak ayam ni kat fb mmg terjah terus sebab ai mmg suka ayam grng berempah....ni recipe jenis lain dari ai guna...boley try la...sedapnyerrrrrrr