Wednesday, September 28, 2011

Ayam Kicap Berlada Hitam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....

Waduh2....tetiba je hilang idea nk menulis entri ni...aci tak kalau tulis resepi je dan tak payah ckp apa2??...kang tak psl2 si jiran sebelah dua belah nun komplen....ekeke. 

Oklah, semalam btl2 tak tau nk masak apa dengan ayam ni. Siap berdiskusi lagi dengan geng2 yg suka masak2 ni kat FB termasuklah Mat Gebu, k. Ummi Kuantan, Hasue S'wak dan k. Nor Ganu. Ishh2x...bl b'sembang dgn dia orang ni mmg x kering gusi dibuatnya...kecoh betul!..tp seronok...hehe. Dlm kekecohan tu terbitlah idea mcm2...ada yg suggest buat ayam panggang, ayam percik, msk halia, msk goreng pedas, msk Vandaloo dan mcm2 lg lah sampai sendiri pun tak tau nak pilih mana satu. Last2 msk ayam kicap je sb inilah antara yg senang dimasak dan teramat sedap dimakan. Terima kasih kpd geng2 di sana. Itulah gunanya  berkawan dgn geng2 masak ni, seronok, byk dpt info, tip, dan idea yg dpt dikongsikan bersama tanpa ada sempadan. Yalah, kalau dibandingkan dgn mereka2 yg femes ni, diri ini terasa kerdil dan rendah sgt (tapi ketinggian taklah rendah sgt...just nice...ahakss)...

Eh, panjang pulak ceritanya...ingatkan x ada idea tadi...heheh. Jomlah kita tengok resepi ayam kicap ni. Sgt mudah dan senang je nak follow. DJ mmg nk tulis seawal pagi ni sb dah ada yg tak sabar nk masak ayam kicap stail gini utk lunch nanti. Resepi ayam kicap ni dah byk versinya dlm blog ni...pi ler selongkar sendiri ye. Yang ini tak kurang juga hebatnya. Sangat2 menepati citarasa DJ sekeluarga. 


Kalau nak cuba, silakan ye.

Ayam Kicap Berlada Hitam
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :

  • 1/2 ekor ayam (dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak)
  • 1 labu bawang besar (dihiris bulat dan digoreng)
  • 1 sudu makan biji lada hitam (ditumbuk)
  • 1 sudu makan cili kisar/cili giling
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 1/2 sudu makan sos tiram
  • sedikit kicap manis
  • sedikit hirisan daun sup
  • sedikit madu/gula dan garam
  • sedikit air asam jawa
  • rempah 4 sekawan (kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga)
bahan-bahan kisar :
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai
Cara-cara :
  1. Gaul-gaulkan ayam yang sudah digoreng tadi bersama lada hitam dan kicap pekat. Perapkan sebentar selama 1/2 jam. 
  2. Sediakan minyak masak untuk menumis. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak. 
  3. Masukkan sos tiram dan kacau sebati.
  4. Kemudian masukkan ayam. Gaulkan rata-rata. 
  5. Masukkan air secukupnya. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika. 
  6. Masukkan pula kicap manis, garam, gula/madu dan air asam jawa. Akhir sekali dimasukkan daun sup. Setelah kuahnya kelihatan pekat, tutupkan api. Masukkan bawang goreng tadi dan gaul-gaulkan. 
  7. Hidangkan panas-panas bersama nasi putih, nasi beriani, nasi serai, nasi tomato dan sebagainya. Sedap!


11 comments:

Sheila Shafeareen said...

Assalamualaikum DJ yeyeyeyeye dah kuar resepi ayam, mmg menarik.... dah dpt rasalah kesedapannya, sbb letak lada hitam..pulak tu tumis same serai pehhh mmg naik baunya...ok nak juga ...heeee

Mas said...

ni peberet anak2 mas klu ayam masak kicap gini..
nampak pun sangat menyelerakan la kak..

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak..
wah sedapnya tengok ayam tu... bab kicap2 mcm nie mmg sedap sgt.. anak2 pun suka makan... kena cuba gak nie nanti... sedap2!!

Ummi said...

Waaaaaaaaaaaaaaa...siap dah eh...nampak sangat sedap ni Dayang!! Melekat2 jek bahan tu kat ayam..menyerap kata org..hehe.. Harus akak cuba ni...gerenti sedap kan..akak kan pesan, kalau x sedap jgn letak resepi...hahahhahah

mizwa said...

salam kak dayang..
amboi tgk ja dah terliur siap telan air liur gulppp gullppp...

Anna Qawina said...

tgh salin rsp sambil lap air liur..nak wat gak ni..hehe..tq kak..

Kak Sam said...

Ok le tu dalam takde idea berbaris2 jugak citernya.

Anonymous said...

salam...sis dayang,minta izin copy resepi ye...mas nak cuba nanti.tgk gambor pun dah terbuka selera ku ini..tqvm..

maslina aini mat saad

nonierahman said...

kak dayang,nonie copy ei.nonie dah buat.tp ganti daging :)

sweethOneY said...

Kak Dayang, saya suka sangat tengok resepi kat sni. So far dah pernah try 3 resepi kat sini, hasil tak mengecewakan :D

So hari ni saya nak try ini pulak ! Thanks for sharing !

sweethOneY said...

Kak Dayang, saya dah try resepi ni tadi. Mmg best sgt, thanks !

Saya share kat blog saya pulak ye..