Salam.....
Tuan rumah baru nak mengemas rumah. Kesian...dah beberapa terbiar....nak buat macam mana kan...byk hal lain yg perlu diutamakan terlebih dahulu. Jadi, kurang sikitlah 'feel' nak belayar di alam maya dgn 'mood' yg tak berapa nak stabil...Walau bagaimanapun, terima kasih diucapkan kpd yg sudi singgah dan tinggalkan jejak di sini.
oklah, nak cerita sikittt jer pasal n3 kali ni, sebenarnya menu ni dah lama berlalu yer. Nasib baiklah sempat ambik gambarnya. Menu harian pulak kebanyakannya dah byk kali masuk n3. Tak ada yg special. Yang ni rasa2nya tak pernah lagi post kat sini....
Kalau nak cerita dari segi rasanya, memang sedap dan menyelerakan!!....kenyang dan tak perlu makan nasik dah lepas tu. Mula2 terfikir nk buat chicken/beef lasagna tapi malaslah...asyik2 ayam...asyik2 daging....akhirnya, bertukar pulak ke seafood....iaitu menggunakan isi udang. Waduhh!!...enak bangat sih!!....
Sebenarnya kan belen kulit pastanya dah lama duduk dalam kabinet. Tu pasal ler nak kena perhabiskan...dah hampir menapause pun...skrg ni ada lg belen 3 keping(kulit pasta)...bila nak habis tak taulah...hehe
Sebenarnya kan belen kulit pastanya dah lama duduk dalam kabinet. Tu pasal ler nak kena perhabiskan...dah hampir menapause pun...skrg ni ada lg belen 3 keping(kulit pasta)...bila nak habis tak taulah...hehe
Resepi seafood lasagna ni adalah mengikut citarasa sendiri. Jika berminat, bolehlah mencuba.
Seafood Lasagna
Bahan A :
Terima kasih kerana sudi singgah dan kepada semua umat Islam yg berkunjung ke sini, SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN NABI MUHAMMAD S.A.W.
Seafood Lasagna
Bahan A :
- 4 keping pasta lasagna(dicelur)
- sedikit udang basah (dicincang)
- 1 tin kecil puri tomato
- 2 ulas bawang putih (dicincang)
- sedikit lada sulah/serbuk lada hitam
- sedikit oregano
- garam dan gula secukupnya
- 500 ml susu segar
- 125 g tepung gandum
- 150 g mentega
- sedikit garam
- cili benggala (dihiris dadu kecil)
- sedikit terung panjang (dhiris dan digoreng)
- keju parut secukupnya
- Bahan A : Tumiskan bawang putih hingga perang. Masukkan puri tomato, serbuk lada sulah/lada hitam serta oregano. Tambahkan sedikit air jika perlu. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika.
- Kemudian masukkan isi udang, garam dan gula secukupnya. Kacau beberapa saat dan tutupkan api.
- Bahan B: Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan2. Kemudian tuangkan susu segar dan garam. Kacau lagi hingga kuah jadi pekat.
- Sediakan bekas yg bersesuaian. Griskan dgn mentega. Susunkan kepingan pasta/lasagna yg sudah dicelur tadi.
- Kemudian ratakan dgn bahan inti. Susunkan hirisan terung dgn kemas dan taburkan dgn cili benggala.
- Tuangkan bahan B ke atas bahan inti tadi.Ulangi proses sehingga diakhiri dgn Bahan B. Pastikan ia memenuhi ruang permukaan bekas tersebut.
- Taburkan keju parut secukupnya dan hiaskan dgn oregano.
- Bakar selama 15-20 minit pada suhu 140C atau sehingga keperangan.
Terima kasih kerana sudi singgah dan kepada semua umat Islam yg berkunjung ke sini, SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN NABI MUHAMMAD S.A.W.
7 comments:
Terliuq ...!!! Bahan2 dah ada tp oven lak buat hal....huhuhu
tq...oven tu nak kene tukar yg baru ler tu....hehe
bestnya nmpak...tgh lapaq ni...huhuhu
yummy2. kalau kat umah akak buat cam nih cepat je licin, dayang.
>>StuDent NEtWorkIng
mmg bessttttt!!...jom cube! ;)
>>Kak Eliza
Kalo kat umah dyg lak, lom sempat org lain rasa, dah tinggal suku kene ngap leh dyg....ekeke
terima kasih.
da cuba masak dan berjaya wlaupun pertama kali cuba...
^^
Post a Comment