Wednesday, February 10, 2010

Acar Ikan Masin

Masakan yg asyik tertangguh2 nak  buat ni akhirnya semalam tercapai juga. Dari bulan lepas lagi setelah melihat resepinya dlm majalah Saji, tergerak hati nak buat tapi ada shj stok yg tak lengkap. Apa2pun, terima kasih dyg ucapkan kpd Kak Liza (Chef Haneiliza) kerana sudi berkongsi resepi yg sedap ni. 

Bbrp hari lepas, dyg cuba nak cari resepi ni dari blog Kak Liza. Niat nak kopipes atau link jer resepinya di sini, tapi tak jumpa pulak. Mungkin terlepas pandang atau mmg tak ada kat situ.  Kalau ada, silalah bagi tau  dyg yer supaya senang nak link nanti. Apa2pun, dyg taip resepinya di sini utk dikongsikan bersama rakan2 serta pengunjung yg gemar dgn masakan acar ni. Cubalah resepi ni, mmg sedap dan senang jer nak memasaknya tau.



Acar Ikan Masin

Bahan-bahan :
  • 300 g isi ikan masin (ikan talang/ikan kurau/ikan merah) 
  • 200 g gula 2 inci halia (dimayang halus) 
  • 100 g kismis 
  • 100 g lobak asin 
  • 1 sk serbuk jintan manis 
  • 1 sk serbuk jintan putih 
  • 1 sk serbuk kunyit 10 ulas bawang merah (biarkan sebiji-sebiji) 
  • 1/2 cawan cuka (DJ campurkan sekali dgn jus limau kasturi) 
  • 1 cawan minyak utk menumis 
  • 1 sb bijan goreng

Bahan Kisar :

  • 10 tangkai cili kering
  • 5 cm halia
  • 10 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih

Cara-cara:
  1. Ikan masin dipotong kecil dan gorengkan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar, jintan serta serbuk kunyit hingga wangi dan pecah minyak.
  3. Masukkan cuka dan gula. Kacau rata.
  4. Bila sudah mendidih, masukkan pula kismis dan lobak asin. Biarkan seketika.
  5. Sebaik mendidih, masukkan ikan dan bawang. Gaul rata.
  6. Taburkan bijan goreng.

Update : Resepi asal Kak Liza boleh lihat DI SINI

Terima kasih sekali lagi kpd empunya resepi, Kak Liza (Chef Haneiliza) krn sudi singgah dan tinggalkan jejak. Memang sedap sangat acar ni kak....puas hati...akan ada siaran ulangannya nanti.

1 comment:

hanieliza's cooking said...

terimaksih kerana sudi mncuba resepi acar ikan masin tu...

Kakliza pernah tulis dalam forum cari.com.my
boleh tenguk di http://forum.cari.com.my/redirect.php?tid=169243&goto=lastpost