Tuesday, February 02, 2010

Ikan Asam Tumis & Buncis Masak Padang

Hari ni masak biasa2 jer. Selain buat sup ayam utk anak2, sempat jugalah buat ikan asam tumis atau lebih dikenali sebagai masak asam pedas. Dah lama juga tak buat, entah hari ni mcm lain mcm jer rasa tekak ni. Nak makan yg masam2...Ooopss! Jangan salah sangka pulak....hehe. Yang bestnya,  bahan-bahan semua ada termasuklah ikan kembung segar ni, tetapi yang tak bestnya, time nak menumis perencahnya, gas habis pulak...alahai....Sudahnya, guna pressure cooker jer  lah sementara menunggu gas....dah habis masak, barulah gas sampai....bagus2!!!....


Rasa-rasa resepi ni ramai yang dah tahu. Cuma mungkin tekniknya shj yang berbeza. Yang belum tahu tu, kenalah cuba sb masakan sebegini memang sedaaapp!...Biasa buat dgn ikan pari. Tetapi kali ni dengan ikan kembung pulak. Tetap menyelerakan!!.. Kalau ada terung dayak ni, gerenti buat Asam Pedas Sarawak pulak...hehe.

Bahan-bahan :
  • 4 ekor ikan kembung (dibersihkan)
  • 1/2 labu bawang besar*
  • 2 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • sedikit belacan bakar*
  • 1 batang serai*
  • 1 cm kunyit hidup*
  • 4-5 sb cili kering kisar
  • 1 batang serai (diketuk)
  • sedikit daun kesum dan hirisan bunga kantan
  • air asam jawa secukupnya
  • air secukupnya
  • sedikit bendi (dibersihkan)
  • 1 sudu makan gula
  • garam secukupnya
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
Cara-cara :
  1. Kisar bahan2 bertanda *. Panaskan minyak secukupnya di dlm periuk/kuali. Tumis serai, bahan2 kisar serta cili kering hingga pecah minyak(tumis lama sikit dgn api perlahan...barulah sedap).
  2. Masukkan air secukupnya. Biarkan mendidih seketika.
  3. Masukkan bunga kantan dan daun kesum.
  4. Masukkan garam, gula, asam jawa dan sayur bendi.
  5. Setelah bendi masak/lembut, barulah dimasukkan ikan dan tomato.
  6. Masak lagi lebih kurang 10 saat. Tutupkan api dan terus tutupkan periuk. Biar ikan mereneh di dalamnya.(ikan kembung tak perlu dimasak lama nanti tak sedap)
  7. Sedia utk dihidangkan.

Yang ini pulak sayur buncis masak ala2 Padang gitu....hehe. Suka sangat dgn masakan Padang ni. Lagipun dh lama tak menayang menu sayur kat sini kan...walaupun sebenarnya hari-hari memasak sayur.

Sedap sungguh sayur buncis stail gini!!....Resepinya mudah sahaja. Jomlah cuba!...tapi minta maaflah yer sb resepi ni x lengkap sukatan bahan-bahannya...biasalah, main campak2 jer....yang penting, kena dengan selera.


Bahan-bahan :
  • kacang buncis secukupnya (dipotong ikut suka)
  • 2 biji cili hijau(dikisar)
  • 2 biji cili padi (dikisar) - nak letak lebih pun ok
  • 2 biji bawang merah (dikisar)
  • 1 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1/2 cm kunyit hidup (dikisar)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 1 sudu makan udang kering / udang basah - tak letak pun ok
  • sedikit santan @ susu cair
  • garam dan gula secukup rasa
Cara-cara :
  1. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masukkan udang kering / udang basah.
  2. Masukkan sayur buncis, santan/susu cair, dan bahan-bahan selebihnya.
  3. Kacau hingga masak.
  4. Hidangkan.

Ooopps!...lupa nak tayang pencuci mulut ni. Ehem...hehe...buat lagi kek coklat tanpa telur utk kali yang ke-3 sb yang hari tu dah habis, si Princess nak lagi utk dibawa bekal ke sekolah pulak. Senang sangat nak buat. Prepare tak sampai 10 minit. Bakar pun taklah lama sangat. Jap jer dah siap....tak payah deko2 dah...sekadar letak sikit jer sirap coklat....sedaappp!

4 comments:

Watierman said...

Sedap tu DJ...hrmmm menyelerakan....tambah nasi sesenduk lagi boleh?

nurmisnan said...

salam kak dayang
sedapnya... tunggu hubby balik msia baru buat. huhuhuhu...

DjDayang Jack said...

>>Kak Watie : boleh, boleh....meh la makan!...ade lagi ni....hihik...

DjDayang Jack said...

>>Nur : w'salam...thanks...alahai..kena tunggu hb balik dulu ker??...meh la rasa sket...ade lagi tu...hehe