Monday, February 01, 2010

Kenapa kek yang dibakar tak menjadi?

Membakar kek adalah suatu kerja yang amat mudah. Namun, bayangkan apa akan terjadi sekiranya kek dikeluarkan dari ketuhar. Adakah anda akan berpuas hati dengan hasilnya? Gembira? Sedih? Kecewa?....
Ramai juga yang mengeluh kerana menghadapi masalah kek tak menjadi seperti yang diinginkan. Dengan kata lain, kek ranap. Adakah disebabkan kecuaian diri sendiri atau meletakkan kesalahan pada resepi semata-mata?

Soalan ini sering kali diajukan : " kenapa kek tak menjadi seperti yang ada pada gambar resepi?"

Berikut adalah kesalahan-kesalahan biasa yang menyebabkan kek tak menjadi dengan sempurna  dan sebab-sebabnya: ( hasil rujukan dari pelbagai sumber dan sumber sendiri)

Kek Tidak Naik Sekata
  • Suhu dlm ketuhar tidak panas sekata menyebabkan kek tidak dibakar secara menyeluruh
  • Bancuhan tepung tidak sebati 
  • Suhu ketuhar mungkin terlalu panas
  • Adunan melebihi setengah daripada ukuran loyang pembakar
  • Loyang tidak sesuai dgn jenis ketuhar yg digunakan
Kek Menjadi Bantat 
  • Telur yang digunakan mungkin terlalu kecil. 
  • Kandungan udara tidak mencukupi sewaktu telur dan gula dipukul
  • Ketika memasukkan tepung ke dalam adunan, kadar kelajuan tidak boleh terlalu laju.
  • Kemungkinan telur yg digunakan sudah tidak elok. Sebaik2nya gunakanlah telur yg segar. Isikan air di dlm bekas dan letak telur di dlmnya. Jika telur terapung bermakna telur itu sudah tidak ada kandungan udara lagi atau sudah busuk.
  • Tepung sudah tidak elok atau sudah luput tarikhnya. Sebaik2nya, tepung dijemur terlebih dahulu. Ini penting untuk membantu meringankan kek.
  • Mentega yang dicampurkan dalam adunan mungkin terlalu panas, menyebabkan ia berbuih. Ini menjadikan kek rosak.
  • Suhu ketuhar terlalu rendah.
Kek Mendap pada Bahagian Tengah 
  • Ketuhar yg digunakan sudah terlalu lama dan ia perlu diservis.
  • Kek tidak dibakar pada tempoh yang seharusnya 
  • Suhu ketuhar terlampau panas, atau terlampau sejuk atau dibakar dalam masa yang terlalu singkat. 
  • Pintu ketuhar yang selalu ditutup buka (kecuali kek lapis) kurang daripada 30 minit masa membakar. (kemasukan angin yg berlainan hawa akan menyebabkan kek menjadi mendap)
  • Ukuran acuan tin/ loyang tidak betul.
  • Sukatan bahan tidak tepat.

Bancuhan Mentega Tidak Sebati dan Bergentel
  • Mentega tidak dibiarkan pada suhu bilik
  • Telur terlalu cepat dicampurkan dalam adunan mentega dan gula yang belum betul2 gebu dipukul.
  • Mentega dan gula tidak betul2 sebati atau gebu dan terlalu cepat mencampurkan telur dalam adunan tersebut.
Kek Terlalu Lembab dan Leper 
  • Terlampau banyak cecair.
  • Bahan penaik tidak mencukupi atau sudah luput tarikh penggunaannya.
  • Lemak dan gula tidak dipukul secukupnya.
  • Adunan mentega berketul-ketul dan tidak halus.
Kek Terlalu Berat 
  • Sewaktu memukul campuran yang ada tepung, ia dipukul dengan kadar yang terlalu laju.
  • Campuran mentega, gula dan telur dipukul terlalu lama. 
  • Kemungkinan besar terlalu banyak tepung digunakan.
  • Serbuk penaik tidak sesuai dgn sukatan tepung
  • Gula yang digunakan melebihi sukatan
  • Terlalu banyak cecair
  • Suhu ketuhar terlalu rendah
Kek Merekah 
  • Suhu ketuhar terlalu panas dan ini menyebabkan bahagian luar kek terlalu cepat masak dan kepanasan tersimpan pada bahagian tengah kek. Ini membuatkan bahagian tengah kek akan merekah.
  • Jenis loyang tidak sesuai dgn jenis ketuhar yg digunakan 
  • Loyang pembakar tidak diletakkan ditengah-tengah ketuhar. 
  • Kekurangan cecair.
  • Acuan / loyang terlalu kecil.
  • Tepung yang digunakan tidak sesuai seperti tepung berprotein tinggi.
Kek Buah Mendap 
  • Ada antara buah yang terlalu besar dan berat.
  • Buahan kering yang dicuci tidak digaul dengan tepung sebelum ia dicampurkan ke dalam adunan.
Tekstur Kek Terlalu Kasar atau Berlubang-lubang Besar
  • Terlebih serbuk penaik 
  • Telur yang digunakan terlalu kecil atau terlalu sedikit
  • Adunan tidak dipukul sebati
Kek Menjadi Keras 
  • Gula dan mentega tidak dipukul hingga gebu dan ringan.
  • Terlalu banyak tepung gandum.
  • Tidak cukup cecair
  • Memukul terlalu lama setelah memasukkan tepung.
  • Tidak memukul sempurna setelah dimasukkan telur.
  • Membakar terlalu lama atau suhu terlalu tinggi.
  • Loyang/acuan kek terlalu besar dan kek menjadi nipis. 
  • Ikuti resepi dengan tepat dan pastikan resepi dari sumber yg boleh dipercayai.
Kek Menjadi Kering 
  • Selalunya, dengan menambah 2 - 3 camca besar susu segar, akan membuat kek mampat. Jika mentah di dalam, mungkin saiz acuan tidak betul dan kek terlalu tebal.
Kek Menjadi seperti Roti 
  • Sukatan serbuk penaik tidak tepat
  • Sukatan mentega / marjerin tidak tepat
  • Sukatan gula tidak tepat atau tidak sesuai
  • Tepung tidak sesuai
  • Adunan tidak dipukul dgn sebati
Kek Menjadi seperti Bingka
  • Bancuhan tidak dipukul sebati
  • Terlampau banyak cecair
  • Tepung terlalu sedikit
  • Suhu ketuhar tidak cukup panas 

*** Info akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa.
*** Untuk panduan bersama, sila rujuk Tip Membakar Kek. terima kasih.

11 comments:

Eliza said...

Bagusnya info ni. Bila bacakan dayang, dlm hati akak berkata, hmmm, ohh..patutlah selama ini kek ku....Thanks a lot dear.

Watierman said...

TQ Dayang...for sharing!

Sue @ Nenie said...

salam..Terima kasih dayang di atas info yang berguna ini

DjDayang Jack said...

>>kak Eliza : u're welcome...tcapai gak hasrat nk kongsi tip kat sini wlpn ambik masa gak nak prepare. Harap2 dapat membantu yer kak. tq

>>Kak Watie : u're welcome. Tq gak krn sudi singgah.

>>Sue@Nenie : w'salam...sama2...harap2 dpt membantu yer...tq

larradanish said...

salam kak dayang larra nak tya.napa ya kek larra kalo letak didalam petiais dia jadi mampat.dan kadangkala keras.dah tu kuarkan luar petiais lama sikit baru lembut.

DjDayang Jack said...

@larradanish

w'salam...tq sudi bertanya. Memang normal lah tu..kek jadi keras bl dh ltk dlm esbok. Bl dah dikeluarkan, ia jd lembut balik. Sebenarnya, mmg elok pun ia disejukkan supaya lbh tahan lama dan lambat berkulat. Kalau nak bg ia cepat lembut, reheat kan saje dlm oven selama 30 saat.

Anonymous said...

tq for the info...mintak izin copy n paste ye...

nizie said...

sukala entry akak ni..sbb kebanyakan berlaku kat saya bila msk kek. hehe budak baru blajar macam ni la..
jangankan kek, kdg2 cupcake pun xmenjadi sesempurna mana :(

tq atas info yg berguna ni kak

ninazsyafinaz said...

Salam..kak thank you for sharing this useful tips..minta izin salin dlm blog saya yerk..buat rujukan saya dan kawan2.

Terima Kasih

y@t said...

thanks yer...harap sgt raya nie bt kek x da lar bantut lagi..hehhe

Unknown said...

Tkasih atas info, harap dj blh kongsi tip ttg memilih dan membeli alat dn perkakas memasak serta bhn masakn brkualiti