Sunday, January 30, 2011

Ayam Kashmir (Updated)



Ayam Kashmir
sumber : majalah Rasa, Januari 2011

bahan-bahan :

  • 1 kg ayam (dipotong 14)
bahan A :
  • 81 g bawang merah (dihiris)
  • 40 g bawang putih (dihiris)
  • 60 g halia (dihiris)
  • 2.5 cm kulit kayu manis
  • 8 biji buah pelaga
  • 4 batang serai
bahan B :
  • 100 g pes tomato
  • 60 g serbuk cili
  • 80 g rempah beriyani
  • 80 g serbuk kari daging
  • 2 keping asam gelugur
  • 4 biji tomato (dipotong kecil)
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak masak secukupnya
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan A hingga kekuningan.
  2. Masukkan ayam dan gaulkannya. biarkan ia masak.
  3. Masukkan tomato, rempah beriyani, rempah kari daging, pes tomato dan asam keping. Biarkan ia masak selama 20 minit.
  4. Masukkan serbuk perasa dan sedia dinikmati.


versi DapurKu SaYang 


bahan-bahan :

  • 1/2 kg ayam (dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak jika suka)
bahan A :
  • 6 biji bawang merah (dihiris)
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris)
  • 3 bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • rempah 4 sekawan 
  • sedikit daun kari
bahan B :
  • 3 sb puri tomato
  • 1 sb serbuk cili
  • 2 sb rempah beriyani
  • 2 sb rempah kari daging
  • 4 biji tomato (dipotong kecil)
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak masak secukupnya
  • 2 biji ubi kentang (dipotong)
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan A hingga terbit bau. Satukan serbuk rempah, puri tomato dan serbuk cili di dlm mangkuk dan bancuhkan dengan sedikit air. Kemudian masukkan ke dalam bahan A tadi dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan ayam, ubi kentang dan air secukupnya. Gaulkan. Biarkan ia masak.
  3. Masukkan tomato, garam dan gula secukupnya. 
  4. Hidangkan setelah masak.

7 comments:

Mas said...

tengok bebahan ni..dah tahu gerenti sedapp ayam ni...bahan2 pun dah ada...boleh mas buat nanti....maceh kak dayang...

DJ Dayang said...

u're welcome mas, selamat mencube yer. yg versi akak tu ikut taste akak jer...hehe

zawani said...

salam kak..best ni=)msti try 1 hari nnti=)

CekWa said...

kena try nih!

Nieza said...

sedapnya kak...nk cuba jugalah nanti:)

Mr. Mama said...

salam DJ...
minta izin cnp ya...
mr.mama nak buat makan tengahari nie..tq

AZLINA said...

Salam DJ, akak dah buat ayam kashmir ni, sedap sgt!! Esok nak buat lg. TQVM sebab berkongsi resepi di sini. Dan 1 lagi, akak pon dah try kek lapis asam manis, sedapnya rasa dia....tapi sedih sikit sebab tak secantik yg DJ buat tu. Thanks yeaa...