Saturday, February 06, 2010

Udang Blackpepper

Kalau ditanya byk2 lauk, lauk apa yg paling dyg suka, sudah semestinya lauk udang. Tak kiralah jenis apa pun udang tu, dyg tetap suka. Kalaulah dapat udang galah, lagilah bagus, masak masa tu gak......hehe. Tapi sejak dua menjak ni payah betul nak dptkan udang galah ni...tak taulah kenapa. Sabar jer lah....

Untuk dinner tadi, udang nilah antara hidangan yg sempat ditayang. Mula2 plan nak masak bersos tapi tak jadi. Esok jer lah. Tekak ni terasa nak makan blackpepper pulak. Sedap sungguh! Dah habis nasik pun masih meratah lagi...hehe. Tapi tak buat byk pun. Jap jer dah habis. Jadi, siapa2 nak ngendeng tu, ambik bau jer lah yer....heheh.

Inilah resepi ringkasnya jika ingin mencuba.

Bahan-bahan :
  • 1/2 kilo udang segar (dibersihkan)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1/2 cm halia (dihiris)
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 1-2 sk serbuk lada hitam
  • 1-2 sb kicap pekat
  • 1 sb sos tiram
  • 2 sb kicap manis
  • sedikit hirisan daun ketumbar
  • 4-5 biji cili padi (diketuk)
  • 1 sb madu + 50 ml  air + 1 sb jus lemon (dibancuhkan)
  • 1 sudu makan sos cili
 Cara-cara : Gaulkan udang bersama lada hitam dan kicap pekat. Perapkan sebentar selama 30 minit. Sediakan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bawang putih dan halia hingga perang. Kemudian masukkan bwg besar dan sos tiram. Kacau sebati. Kemudian, masukkan udang, kicap manis, cili, sos cili dan daun ketumbar. Gaul2kan. Setelah udang 1/2 masak, tuangkan bancuhan madu tadi. Kacau hingga masak. Boleh tambah garam jika perlu.

4 comments:

♥LOVE2COOK♥ said...

Hi kakDayang! Sedapnya udang! Uwaaa..

hanieliza's cooking said...

Kakliza ada buat maskaan ini..
alhamdulillah..selamt habis dimakan oleh anak2 akak..
memang peberet mereka...

dayang_jack said...

>>Love : Memang sedaaapppp!...hehe

dayang_jack said...

>>Kak Hanieliza : trm ksh kak krn sudi singgah dan tinggalkan jejak. Masakan sebegini mmg... aromanya sungguh memikat selera sampai tak boleh nak brenti makan dibuatnya....hehe...thanks kak.