Wednesday, February 03, 2010

Sotong Berempah

Hari tu nampak sotong kat blog Kak Nor Ganu dan Kak Ummi Kuantan tu. Memang termimpi-mimpi dibuatnya sehinggalah ke hari ni... terbayang-bayang jer sotong tu...Baunya pun masih melekat kat skrin ni....hehe. Memandangkan ada stok sotong dlm esbok, terus ON jerlah projek menyotong  ni...hehe.

Sebenarnya, hari ni masak ayam gak utk anak2. Maklumlah bdk2 ni tak brp gemar makan sotong.

Sotong stail gini mmg kesukaanku. Ada rempah2 tu lah yang bestnya. Sedap dan berselera sgt2...Jom makan!!


Resepi ni adalah mengikut selera dan citarasa tuan rumah ni. Nak cuba, silakanlah yer. tq.

Sotong Berempah
Bahan-bahan :
  • 300 g sotong basah (digaulkan dgn sedikit serbuk kunyit dan garam. Kemudian direbus 1/2 masak dan dituskan)
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 sb serbuk kari
  • 1 sb serbuk cili / cili kisar
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • 1/2 sk serbuk lada hitam
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 cm halia (dicincang)
  • 4 sb santan pekat / susu cair
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 sb sos tomato
  • 1 biji hirisan cili merah
Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bawang merah, bawang besar, bawang putih , halia serta daun kari sehingga wangi. 
  2. Satukan rempah kari, serbuk cili, serbuk ketumbar dan lada hitam di dalam satu bekas. Bancuh dengan sedikit air.
  3. Masukkan pes tadi ke dalam bahan tumis tadi dan kacau hingga pecah minyak.
  4. Masukkan sos tomato, cili merah dan santan. Kacau hingga mendidih.
  5. Setelah kuah hampir pekat, barulah dimasukkan sotong, garam dan gula. Kacau hingga masak. (tak perlu masak terlalu lama)

5 comments:

Watierman, rmanbkr said...

Cantik jer nampak hasil masakan yg simple ...DJ kalau masak apa pun nampak berseri jugak!

dayang_jack said...

kak Watie : thanks 4 the compliment....kembang setaman dah ni...cewahhh...hihik. Masakan akak pun ape kurangnya...bila tgk kan...geram, rasa nak ngap je dr skrin...hehe

Nur said...

salam Dj
nur pernah masak sutun rempah ni tapi ada sikit lain bahan. boleh cuba ni. nampak lagi sodapppp

dayang_jack said...

w'salam....Selamat mencube yer nur...semoga kena dgn taste... ;)

Ibu faheem said...

salam dayang...cikmin amik resepi ni..minta halal ok... :)