Wednesday, September 02, 2009

Stuffed Tofu

Lagi menu sampingan yang menjadi favorite dayang sekeluarga. Dah lama gak tak buat tauhu sumbat ni...sesekali makan memang berselera....cecah dengan sos cili... betul2 mabeles!..

Bahan2nya dayang guna isi udang tapi kalau tak letak isi udang pun tetap sedap rasanya....


Bahan-bahan :
  • 3-4 keping tauhu (digaul bersama sedikit garam)
  • 2-3 ekor udang basah (direbus dan dicincang) - tak letak pun ok
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
  • sedikit lobak merah (dihiris dadu kecil)
  • 1/2 sdt serbuk lada hitam
  • 1/2 biji cili merah (dibuang biji dan dihiris dadu)
  • 2 helai daun bawang (dihiris)
  • 1 sdt lada sulah
  • garam secukupnya
  • 1 biji telur (dipukul sedikit)
Cara-cara :
  1. Goreng tauhu sehingga keperangan tetapi jgn sampai masak. Kemudian dibelah 2 dan keluarkan isinya. Lenyek2kan sedikit isi tauhu tersebut.
  2. Gaulkan isi tauhu bersama semua bahan di atas kecuali telur dan sumbatkan semula ke dalam tauhu tadi.
  3. Celupkan tauhu ke dlm telur dan gorengkan sehingga masak.
  4. Hidangkan bersama sos cili.

8 comments:

Kakda said...

Suka resipi dayang ni selalu lain dari yg lain. Pandai you explore dlm bidang masakan ni.

SoalHati said...

terliurnya..x penah buat tauhu sumbat style nih:) nk try lah esok :) thanx:)

DjDayang Jack said...

kakda : thanks for the compliment... :)

DjDayang Jack said...

Cahaya Mata : selamat mencuba yer..sedap ni...

MamaFaMi said...

Salaam Dayang. Mama telah mencuba resepi ini. Sedap. Mama minta izin tepek resepi di blog mama ye. Terima kasih kerana berkongsi resepi.

cikyah75 said...

dayang, tofu ni lepas celup dengan telur, kita deep fry ya? thanks for clarification

DjDayang Jack said...

@MamaFaMi
w'salam...

thanks 4 trying mama. Alhamdulillah....silakan yer. tq

DjDayang Jack said...

@cikyah75
yup, deep frying. selamat mencube yer. tqvm :)