Tuesday, October 12, 2010

Ketam Kukus Sos Plum


Resepi ketam ni mmg mabeles!...Hari tu masa kat Petronas, sempat gaklah belek2 buku2 serta majalah2 masakan. Tiba2 mata ni tertarik dgn satu resepi ketam yg nampaknya sungguh menyelerakan. Tapi dah tak ingat resepi dari buku mana. Tak beli pun buku tu sb dah terbeli majalah Rasa. Lagipun buku tu resepinya tak banyak pilihan. Namun, sempat gaklah baca bahan2nya. Ingat masa tu je lah. Balik rumah terus ingat2 lupa pulak...hehe. Hari ni ternyata sampai gak hajat nk buat meskipun resepinya tak 100% menggunakan resepi yg dalam buku tu. Dyg cuba buat mengikut citarasa sendiri. Alhamdulillah...sedap betul masakan ketam ni..dengan bau minyak bijannya semerbak satu rumah..mmg tak rugilah....



Ketam Kukus Sos Plum

bahan-bahan :

  • 1 kilo ketam bunga (dibersihkan)
  • 1/2 labu bawang besar (dipotong dadu kecil)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 3 sudu makan taucu pedas 
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1-2 sudu makan sos plum
  • minyak bijan secukupnya
  • sedikit kicap cair (kicap manis pun boleh)
  • sedikit gula jika perlu
  • sedikit hirisan cili benggala 
  • sedikit hirisan daun bawang
  • hirisan cili padi - optional
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Sediakan bekas tahan panas atau loyang. Susunkan ketam di dalamnya. Taburkan sedikit garam dan serbuk lada hitam. Ketepikan.
  2. Di dalam kuali, panaskan minyak bijan secukupnya. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga terbit bau. Kemudian masukkan taucu dan sos plum. Tumis lagi. 
  3. Masukkan sos cili, kicap dan sedikit air. Kacau dan biarkan ia mendidih. Kemudian, masukkan gula (jika perlu), cili benggala dan cili padi. Jika ingin kuahnya pekat, bolehlah ditambah dgn bancuhan tepung jagung. Kacau hingga kelihatan pekat. Tutupkan api dan tuangkan ke atas ketam tadi.
  4. Kukuslah selama 7-10 minit atau sehingga masak. 
  5. Setelah masak, angkat dan hiaskan dgn hirisan daun bawang. Hidangkan.

*****************************************

10 comments:

Hann said...

oh! sungguhlah menarik!

Peri PiA said...

Salam....wh resipi isitimewa

kebetulan dah beli sos plum n minyak bijan :)..InsyAllah blh cube

dayang_jack said...

@Hann

trm ksh...dah lm gak tak makan ketam, Alhamdulillah...sedaaapp!

dayang_jack said...

@Peri PiA

w'salam...

haa..sedang eloklah tu...slmt mencube yer. tq

cek chun said...

sedapnyaaa.. dah bertambah lgi cara nak masak ketam. selalu dok masak cili @ taucu jer. peberet cek ni DJ.
ratah2 jer nih :)

izahdaut said...

mmg nampak sedap looorr..tapi tak pernah pulak rasanya ternampak sos plum..kene carik nih

HALAMANKU said...

Salam Kak Dayang... sangat teringin.. hu huhu..memang sedap tu.. terasa masam2 manisnyer..

dayang_jack said...

@cek chun

sama lah dgn kte ni..suke sgt mkn ketam...wlpn payah nk mengopek kulitnya, makan 5 minit jadi 1 jam, tp kalo dh fav, x hirau dh..hehe

sesekali bertukar cara masakan ape slhnya kan..yg penting sodaapp!

dayang_jack said...

@izahdaut

mmg sedap ni izah oii..cube ler. sos plum tu ade kat pasaraya. Kalo x jumpe, boleh juga guna sos masam manis cap Life dsb.

dayang_jack said...

@HALAMANKU

w'salam...kalo dh teringin tu jgn pendam2, buat jer...gerenti enak sih!..hehe