Seperti biasa, hari ni masak lauk ayam & sup sayur utk anak2. Mamanya pulak nak makan ikan bakar. Tapi kesemua hidangan tengahari tadi tak masuk dlm entri ni sb lauk2 biasa jer kan. Dah byk kali tayang pun...hehe.
Malam ni tuan rumah nak escape dari makan nasik. So, layan jer lah tauhu kukus ni. Sedap meratah mcm tu jer. Rasa masam, manis, pedas, masin semuanya cukup. Kenyang dah tuuu....hehe.
Tauhu Kukus Sos Cili
Bahan-bahan :
- 1 pek tauhu lembut (dikukus hingga masak)
- 1/2 labu bawang besar (dihiris dadu)
- 2 biji bawang merah (dicincang)
- 1 ulas bawang putih (dicincang)
- 2-3 sb sos cili thai
- 1 sb sos tiram
- 1-2 sb sos cili
- 1 sb sos tomato
- sedikit udang basah
- sedikit hirisan daun sup
- Tumis kesemua bawang hingga terbit bau.
- Masukkan kesemua sos dan sedikit air. Masak hingga mendidih.
- Kemudian masukkan udang dan daun sup. Kacau lagi hingga masak. (kalau nak campurkan dgn kapsikum, nanas, tomato atau hirisan epal pun ok juga)
- Susunkan tauhu di dlm pinggan dan siramkan kuah tadi di atasnya.
- Hidangkan panas2.
No comments:
Post a Comment