Saturday, September 12, 2009

Kerabu Taugeh & Kacang Panjang

Semalam buat satu pinggan kerabu taugeh ni sebab nak perhabiskan kacang panjang dan taugeh yang ada. Sedap bangat!!!!...berebut2 lak tu makan dgn hubby...hahaha!

Oleh kerana nak cepat, dayang tak guna bawang mahupun belacan bakar...hanya guna maggie cukup rasa dan sedikit udang kering serta bahan2 hiasannya...memang mabeles!!!


Bahan-bahan :
  • 4 batang kacang panjang (dipotong dan dicelur/direbus)
  • 30 gm taugeh (dibuang ekornya dan dicelur)
  • 2 sudu makan kerisik
  • 1 sudu makan serbuk maggie cukup rasa
  • 3-4 biji cili padi (dihiris halus)
  • 2 sudu makan jus limau nipis
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 1 sudu makan udang kering (digoreng tanpa minyak dan dikisar/ditumbuk halus)
  • sedikit daun kesum/daun ketumbar (diracik)
  • 1-2 batang serai (dihiris)
  • sedikit kacang tanah tumbuk
  • gula secukupnya
Cara-cara : Gaulkan kesemua bahan di atas dan dinginkan terlebih dahulu sebelum dihidangkan.

No comments: