Tuesday, January 25, 2011

Kek Lapis Asam Manis Kukus (Updated)


Wah! ramainya nak resepi kek ni ekk...hehe. Ada yg dok ulang alik ke sini semata-mata nak tengok dah update ke belom...hehe. Terima kasih kpd yg sudi meninggalkan komen. Really appreciate. Mintak maaflah yer atas kelewatan yg tidak disengajakan. Banyak urusan yg perlu dibereskan. Don't worry, DJ tulis resepinya dlm entri terbaru ni. Selamat mencuba dan semoga sukses!



Kek Lapis Asam Manis Kukus 

bahan-bahan : (DJ menggunakan loyang 8 x 4.5 x 4.5)

  • 2 cawan biskut marie yang sudah dikisar dan diayak sebanyak 1 kali
  • 4 biji telur A (sejuk)
  • 180 g gula kastor (boleh juga tambah jika suka manis)
  • 4 sb susu pekat manis
  • 1 sb ovalette
  • 2 sb horlicks - optional
  • 125 ml susu segar (sejuk)
  • 1 sk esen vanilla
  • 80 ml minyak jagung
  • kepingan asam manis/hawflake secukupnya (DJ guna sebesar duit 50 sen)
  • sedikit pewarna hijau/pes pandan dan kuning (warna lain pun ok)
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Sediakan loyang kek. Sapukan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Seelok-eloknya loyang dialas dengan kertas serap minyak.
  2. Satukan kesemua bahan (kecuali minyak jagung, hawflake dan pewarna) di dalam mangkuk adunan. Putar hingga kembang dan gebu.
  3. Kemudian masukkan minyak jagung dan kacau sebati dgn menggunakan spatula/senduk kayu. 
  4. Bahagikan kepada dua bahagian (lebihkan sedikit adunan untuk lapisan hijau). Bubuhkan pewarna hijau/pes pandan dan satu bahagian lagi diwarnakan kuning. Untuk lapisan hijau dan kuning, bahagikan lagi adunannya kpd beberapa bahagian mengikut saiz loyang agar lapisan menjadi sama rata.
  5. Tuangkan lapisan pertama (hijau) ke dalam loyang dan susunkan hawflake di atasnya (JANGAN DITEKAN). Kemudian, kukuslah hingga adunan dah tak cair (lebih kurang 5-7 minit). Tuangkan lapisan kuning dan susunkan hawflake diatasnya dan kukus. Ulangi proses hingga habis. Untuk lapisan terakhir, kukuslah selama lebih kurang 20-25 minit lagi atau sehingga kek masak sempurna. (untuk mengelakkan air menitik ke dalam adunan, tutuplah loyang dgn kertas foil, atau balutkan penutup kukus dgn menggunakan tuala). 
  6. Setelah masak, tutupkan api. Keluarkan loyang dan sejukkan kek sebelum dipotong. 

***semua bahan(kecuali hawflake dan pewarna) disukat dgn menggunakan cawan/sudu metrik. Harap maklum.

contoh cawan dan sudu metrik. tq mr google.

19 comments:

Mas said...

senang jer bebahan kek ni...nak try buat la...tergoda betul tengok kek akak yang cantik ni.....

murabbi said...

cawan?sudu metrik tu macam mane rupanya?

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

cantik kejadian kek lapis ni... mesti rasa pun sedap..

DjDayang Jack said...

@Mas

mmg ringkas dan senang jer nk buat. Semoga sukses yer. tq.

DjDayang Jack said...

@murabbi

ade jual kat supermarket atau kedai perkakas kek.

DjDayang Jack said...

@MaDiHaA a.k.a Ratna

terima kasih. kurang cun sket sb x lapis btl2...hehe. yalah, utk dimakan b'sama famili je kan..lainlah kalo nk bg kat org, harus dibuat cantik2...hehe

InsyaAllah, sedap!

LiNa_Pg said...

dah cantik sesangat kek DJ ni..sedap n moist jer nmpk

Unknown said...

cantiknya kek akak ni....kalau saya buat belum tentu nk cantik mcm ni..:)

mr. mama said...

cantik rupa paras cake tu...

DjDayang Jack said...

@lina_pg

tq lina, bl nk buat projek ni plak??....hehe

DjDayang Jack said...

@Nieza

trm ksh nieza...bese2 jek tu..hehe. try ler buat, belum cube lom tau hasilnya kan...hehe

DjDayang Jack said...

@Mr. Mama
tq so much...hehe

momma said...

nak cuba buat ek ni,tapi tak jugak buat2, takut tak jadi

DjDayang Jack said...

@momma

InsyaAllah menjadi, kek lapis kukus jarang x menjadi berbanding yg dibakar. semoga sukses yer... tq

nizie said...

tersgtlah teruja nk try kek akak ni.. mmg xde tepung n butter ke??

hrp2 mnjadilah lau buat nnti

DjDayang Jack said...

@nizie
x pakai tepung dan butter sb dah ade tepung biskut marie dan minyak. selamat mencube yr. InsyaAllah menjadi... :)

Sha said...

Kak DJ, berapa lama kita boleh simpan kek lapis asam manis ni ye bila dh dikukus..boleh disimpan berbulan ke seperti kek lapis Sarawak yg lain..? N biskut marie tu boleh tak kalau kita gantikan dgn biskut soda...ade perbezaan tak dr rasanya? Harap blh bg panduan..tq :-)

oniey said...

kak, pakaicawan biasa takpe ke????

SAADIAH said...

Sis today my first time in my life buat kek lapis. sy ikut yr resepi ni. sedap.....tq for the recepi....